Assalamualaikum. Cuti sekolah nie, tak tahu nak bawa anak jalan-jalan mana, pergi je Zoo Negara. Walaupun penat tapi seronok sebab Zoo Negara dah banyak berubah. Last datang sini tahun 2012. Waktu tu giant panda tak masuk Malaysia lagi.
Syok masuk Panda Conservation Centre Zoo Negara, tempat sejuk dan nyaman untuk Giant Panda yang comel | Sebelum nak sampai Panda Conservation Centre nie, korang kena la jalan-jalan dalam Zoo Negara dulu. Tapi cerita pasal Zoo tu nantilah. Nak update pasal panda comel nie dulu.
Lepas berpeluh kat luar tu, korang masuklah Panda Conservation Centre nie. Tapi masuk kena bayar tau. Awal-awal masa nak beli tiket tu, beli sekali tiket untuk tengok Giant Panda. Kang punyalah jalan sampai ke hujung, tiket tak beli. Kesian kat budak-budak nanti.
Nak masuk sini ada syarat tau. Tak boleh buat bising. Nak cakap pun bisik-bisik je sebab takut ganggu panda-panda yang ada kat sini. Bila masuk dapat la ambil rasa sejuk kat dalam nie. Dorang buat habitat yang sama dengan panda. Panda mana boleh panas-panas.
Cantik tau dalam Panda Conservation Centre nie. Ada hutan kecil siap dengan mini playground untuk anak-anak panda. Masa kami datang nie panda-panda tak berapa nak aktif, mungkin sebab tengah hari kot. Geram je tengok panda-panda kat sini, comel, gebu bulat.
Keluar je dari kawasan taman tu, pengunjung akan lalui pantri penyediaan makanan panda. Panda pun makan kek tau. Sempat la snap gambar ramuan Kek Panda. Korang yang nak try resipi kek panda, boleh copy kat gambar di bawah.
Lepas tu macam biasa ada kedai cenderamata. Sebabkan kena lalu jugak makanya Huwainaa berjaya pujuk mama untuk bawa balik seekor panda. Tak bagi nanti maunya merajuk tak nak berjalan. Kalau lapar, cafe pun ada kat dalam nie.
Untuk harga tiket Panda Conservation Centre, korang boleh check kat Website Zoo Negara sebab harga nie selalunya berubah-ubah kan. Untuk memudahkan korang membeli tiket, boleh juga beli kat Ticket 2U. Kat situ lagi senang. Ada pakej lagi.
Datang KL tak tahu nak stay mana, dekat dengan Zoo, booking sini --> New Wave Hotel Melawati, Kuala Lumpur
Wassalam.
2 Comments
wahh menariknyaa...comel je panda tu terbaring hehe :p
ReplyDeletenak bawak balik panda tu blh tak? geram jer tgk bulu dia tu..hehe
ReplyDelete