Assalamualaikum. Parents mana yang tak seronok kalau dapat bawa anak-anak ke Legoland. Theme Park yang penuh dengan deco lego. Sana-sini lego memang seronok sampaikan anak-anak tak nak balik sebab terlalu seronok.
Pengalaman ke Legoland Malaysia guna Annual Passes, boleh datang lagi dan lagi!!! | Memang dah lama berhajat nak bawa anak-anak ke sini sebab tunggu masa yang sesuai. Bukan apa, mainan kat sini tak semua anak-anak boleh try sebab ada had umur dan tinggi. Untuk elak anak kecewa eloklah datang paling kurang umur anak 6 tahun. Baru la takde drama air mata.
Sebelum datang Legoland, Fiza dah siap-siap beli tiket Legoland secara online. Ambil annual passes ONE YEAR unlimited access to the Park(s). Sebab tak de beza Day Ticket tiket dengan annual passes. Harga tiket masuk Legoland Malaysia korang boleh check out kat website dorang, beli pun direct kat situ.
Gerbang Utama
Yang syioknya kami datang bukan pada cuti sekolah. Boleh kata suasana agak tenang. Tak perlu nak beratur panjang, tak perlu nak bersesak-sesak. Kami ambil 4 hari 3 malam, tengok setakat mana boleh cover. Cerita pasal Annual Passes, korang boleh pilih untuk Triple-Park Pass (blue), Double-Park Pass (green) atau Single-Park Pass (orange). Kami beli Triple-Park Pass boleh cover semua Theme Park, Water Park & SEA LIFE.
Bila dah beli secara online, sampai je korang terus ke kaunter tiket untuk dapatkan kad dengan gambar korang kat situ. Bila pakai kad nie memang VIP sangat. Nak keluar masuk Legoland ikut suka hati tanpa had.
Kaunter tiket
Triple-Park Pass (blue)
Baca peta dulu sebelum explore
Legoland Malaysia Map
LEGO Minifigures korang boleh tukar dengan
lego yang korang ada
Legoland memang besar. Nak cover dalam satu hari memang tak sempat walaupun Theme Park sahaja. Dua hari pun tak sempat. Kami terpaksa planning untuk datang lagi. Mujurlah boleh datang lagi lepas nie. Kita story Pengalaman berada di Theme Park Legoland Malaysia dulu, ada masa Fiza akan cover story di Water Park dan SEA LIFE pula.
Baca sini --> Legoland Waterpark memang best!!!
Baca sini --> Tengok hidupan laut dengan lebih dekat di SEA LIFE
Lego City
Mula-mula masuk kami terus ke kanan. Kat situ adalah zon Lego City yang mana mainan dia memang susuai untuk anak-anak kecil. Ada Driving School, LEGO City Airport, LEGOLAND EXPRESS, Boating School, LEGO City Stage, Junior Driving School, Rescue Academy dan The Shipyard.
Nak pusing satu legoland korang cari LEGOLAND EXPRESS. Parents pun boleh naik sekali. Train bentuk lego, memang comel.
LEGOLAND EXPRESS
Naik keretapi lego pusing Legoland
Nak bagi anak korang dapat lesen kereta, bawa dorang pergi driving school. Untuk umur Thaqif dan Huwainaa, kelas dia lain-lain. Nak lesen tu kena bayar RM40 seorang. Kami ambil buat kenangan. Untung kecik2 dah ada lesen.
Driving School
Driving School
Junior Driving School
Dapat lesen dah anak-anak mama
Kalau korang masuk terus ke kiri, korang akan ke zon Lego Technic. Antara rides dan attraction seperti Planet LEGOLAND, Aquazone Wave Racers, The Great LEGO Race, Technic Twister, LEGO MINDSTORMS, LEGO ACADEMY.
The Great LEGO Race
Technic Twister
Habis main pusing Technic Twister
LEGO MINDSTORMS dan LEGO ACADEMY
Mama pun nak asah bakat main lego
Asah bakat lego anak-anak di LEGO ACADEMY
Siap bunga Huwainaa buat
Koleksi binaan lego yang rare terdapat di
LEGO ACADEMY
Kami lepak lama juga dalam nie sebab ruangan beraircond. Kebetulan cuaca panas, masuk sini main lego pun okay.
Rebuild the World
Nak masuk sini kena Pre-registration dan sesi yang diperuntukkan 30 minit satu famili. Kat sini pun anak-anak boleh asah bakat kreatif dengan gunakan lego.
Lego Kingdoms
Teruskan berjalan, korang akan bertemu dengan zon Lego Kingdoms. Tempat ala-ala pahlawan dengan legenda naga yang menakutkan dan kesatria yang tidak berani. Antara rides dan attraction yang ada seperti Royal Joust, Dragon's Apprentice, Merlin's Challenge, The Dragon, Castle Stage, The Forestmen's Hideout, King's Market.
Wajib OOTD sini kat jambatan The Dragon
Dragon's Apprentice Roller Coaster
Kat Dragon's Apprentice Roller Coaster nie lah drama air mata bermula. Huwainaa tak dapat naik sebab bukan umur dia. Memang dia mengamuk dari mula Fiza naik sampai turun roller coaster. Agak ekstrem juga untuk Abg Thaqif tapi bagi Fiza okay je sebab terlalu tinggi dan tak ade yang berpusing. Sesuai untuk anak-anak 120cm ke atas.
Dragon's Apprentice Roller Coaster
Mama naik ride dengan Abg Thaqif
Naik kuda kat Royal Joust
Imagination
Terus lagi korang akan jumpa zon Imagination. Sini memang tempat ride santai-santai. Senang cerita kalau korang ada baby, lepak je sini. Rides dan attraction seperti DUPLO Playtown, Lego Studio, Kids Power Tower, Build & Test dan Observation Tower.
Observation Tower
Dari jauh dah boleh nampak Observation Tower kan. Haa ia terletak dalam zon Imagination nie. Makanya nak sampai ke sini jauh jugaklah menapaknya. Anak-anak nampak je menara nie dia panggil Menara Taming Sari sebab sama macam kat Melaka. Jadi kami naik terus sebelum ke ride lain.
Lego Studio
Nak tengok 4D movies versi lego, korang datang sini. Memang syiok dan pengalaman baru buat anak-anak sebab ia bukan movie biasa. Boleh rasa larger-than-life sound, wind, fog, rain dan lighting effects. Kena pakai spek 4D, nampak animasi tu hidup depan mata.
4D movies
Dalam studio nampak macam cinema biasa tapi
pengalaman dia lain dari yang lain
DUPLO Playtown
Interactive play village
Mini train kat dalam DUPLO Playtown
Lesen dah dapat, kat sini pun anak dapat sijil bila join Build & Test. Dorang join racer yang ada kat sini. Sebelum join tu kena buat kereta versi sendiri dan race dengan kanak-kanak lain. Kereta yang paling laju dapatlah hadiah. Anak Fiza dapat sijil penyertaan je, tak menang. Hehehe..
Posing dengan kereta lego ciptaan sendiri
Track race
Dapat sijil penyertaan
Ada 2 lagi Zon yang kami tak sempat nak cover sepanjang 2 hari berada dalam Theme Park iaitu Land of Adventure dan LEGO NINJAGO World. Itu yang kena datang lagi. Miniland pula dah tutup, dorang ada projek lain nak buat kat situ. buat sementara waktu, projek naik taraf untuk keselesaan pengunjung.
Rasa-rasa ada bakat dan luck nak dapatkan mainan patung, try la kot dapat. Ada banyak booth-booth tikam patung just for fun.
Budak-budak nie mana boleh tengok anak
patung besar-besar macam tu
Ingat senang nak menang
Dapat juga sebijik main tangkap itik
Nie pun ada satu, tengok je yer sebab
tak nak habis duit
Fasiliti dan tempat makan korang tak perlu risau. Nak makan standby duit sebab restoran makanan dalam Legoland memang mahal. Kalau nak datang rasa buat pertama kali bolehlah, tapi kalau nak nak makan kat luar pun boleh, keluar gerbang utama ada Medini Mall, situ ada banyak restoran makanan segera. Tapi itu untuk yang ada Annual Passes. Boleh la keluar masuk sesuka hati, kalau korang pakai Day Pass, susahlah sikit.
Toilet dan surau pun ada. Sebab toilet dia comel, kita belanja gambar toilet yang mula-mula kita masuk.
Toilet bersih
Surau
Shopping Time
Masing-masing ada barang bawa balik
Tiket parking
Pertama kali sampai kami parking kat kawasan parking yang disediakan. Memang jauh nak jalan kaki. Lepas banyak kali datang, kami tak parking situ dah, kami parking kat Medini Mall. Tak la jauh sangat.
Habis cerita 2 hari di Legoland Malaysia, nie baru Theme Park. Belum lagi WaterPark dan Sealife. Kami ada 4 hari kat Nusajaya nie. Mana kami stay? Boleh baca di sini --> Menginap di Hotel Legoland Kingdom Themed Room
Wassalam.
8 Comments
Wah seronoknya.. Cuya belum pernah pergi lagi. Dalam tu permainan semua berbayar ke dah siap pakej?
ReplyDeletesemua dlm pakej
Deletenak tnya,klau ambik annual pass kan,utk satu hari saje la kan blh guna?klau esk tu nk msuk lagi,kena beli tiket theme park lain plak kan
ReplyDeleteboleh pakai setahun
DeleteAwak nak tanya. Die kira setahun tu ikut by year atau kiraan setahun dari date yg kite purchase?
ReplyDeletebermula dari tarikh hari kita buat annual pass tu kat kaunter
DeleteNak tanya Land of Adventure ada apa?
ReplyDeleteSambungan kat sini https://www.fizaizawa.com/2023/05/brick-tacular-holidays-memang-best.html
Delete