Find us on Facebook

Pengalaman ke Legoland Malaysia guna Annual Passes, boleh datang lagi dan lagi!!!

Assalamualaikum. Parents mana yang tak seronok kalau dapat bawa anak-anak ke Legoland. Theme Park yang penuh dengan deco lego. Sana-sini lego memang seronok sampaikan anak-anak tak nak balik sebab terlalu seronok. 


Pengalaman ke Legoland Malaysia guna Annual Passes, boleh datang lagi dan lagi!!! | Memang dah lama berhajat nak bawa anak-anak ke sini sebab tunggu masa yang sesuai. Bukan apa, mainan kat sini tak semua anak-anak boleh try sebab ada had umur dan tinggi. Untuk elak anak kecewa eloklah datang paling kurang umur anak 6 tahun. Baru la takde drama air mata. 

Sebelum datang Legoland, Fiza dah siap-siap beli tiket Legoland secara online. Ambil annual passes ONE YEAR unlimited access to the Park(s). Sebab tak de beza Day Ticket tiket dengan annual passes. Harga tiket masuk Legoland Malaysia korang boleh check out kat website dorang, beli pun direct kat situ. 

Gerbang Utama

Yang syioknya kami datang bukan pada cuti sekolah. Boleh kata suasana agak tenang. Tak perlu nak beratur panjang, tak perlu nak bersesak-sesak. Kami ambil 4 hari 3 malam, tengok setakat mana boleh cover.  Cerita pasal Annual Passes, korang boleh pilih untuk Triple-Park Pass (blue),  Double-Park Pass (green) atau Single-Park Pass (orange). Kami beli Triple-Park Pass boleh cover semua Theme Park, Water Park & SEA LIFE

Bila dah beli secara online, sampai je korang terus ke kaunter tiket untuk dapatkan kad dengan gambar korang kat situ. Bila pakai kad nie memang VIP sangat. Nak keluar masuk Legoland ikut suka hati tanpa had.

Kaunter tiket

Triple-Park Pass (blue)

Baca peta dulu sebelum explore

Legoland Malaysia Map

LEGO Minifigures korang boleh tukar dengan
lego yang korang ada

Legoland memang besar. Nak cover dalam satu hari memang tak sempat walaupun Theme Park sahaja. Dua hari pun tak sempat. Kami terpaksa planning untuk datang lagi. Mujurlah boleh datang lagi lepas nie. Kita story Pengalaman berada di Theme Park Legoland Malaysia dulu, ada masa Fiza akan cover story di Water Park dan SEA LIFE pula. 



Lego City 

Mula-mula masuk kami terus ke kanan.  Kat situ adalah zon Lego City yang mana mainan dia memang susuai untuk anak-anak kecil. Ada Driving School, LEGO City Airport, LEGOLAND EXPRESS, Boating School, LEGO City Stage, Junior Driving School, Rescue Academy dan The Shipyard.

Nak pusing satu legoland korang cari LEGOLAND EXPRESS. Parents pun boleh naik sekali. Train bentuk lego, memang comel. 

LEGOLAND EXPRESS

Naik keretapi lego pusing Legoland

Nak bagi anak korang dapat lesen kereta, bawa dorang pergi driving school. Untuk umur Thaqif dan Huwainaa, kelas dia lain-lain. Nak lesen tu kena bayar RM40 seorang. Kami ambil buat kenangan. Untung kecik2 dah ada lesen.

Driving School

Driving School

Junior Driving School

Dapat lesen dah anak-anak mama


Lego Technic

Kalau korang masuk terus ke kiri, korang akan ke zon Lego Technic. Antara rides dan attraction seperti Planet LEGOLAND, Aquazone Wave Racers, The Great LEGO Race, Technic Twister, LEGO MINDSTORMS, LEGO ACADEMY.

The Great LEGO Race

Technic Twister

Habis main pusing Technic Twister

LEGO MINDSTORMS dan LEGO ACADEMY

Mama pun nak asah bakat main lego

Asah bakat lego anak-anak di LEGO ACADEMY

Siap bunga Huwainaa buat

Koleksi binaan lego yang rare terdapat di 
LEGO ACADEMY

Kami lepak lama juga dalam nie sebab ruangan beraircond. Kebetulan cuaca panas, masuk sini main lego pun okay.


Rebuild the World

Nak masuk sini kena Pre-registration dan sesi yang diperuntukkan 30 minit satu famili. Kat sini pun anak-anak boleh asah bakat kreatif dengan gunakan lego.



Lego Kingdoms

Teruskan berjalan, korang akan bertemu dengan zon Lego Kingdoms. Tempat ala-ala pahlawan dengan legenda naga yang menakutkan dan kesatria yang tidak berani. Antara rides dan attraction yang ada seperti Royal Joust, Dragon's Apprentice, Merlin's Challenge, The Dragon, Castle Stage, The Forestmen's Hideout, King's Market.

Wajib OOTD sini kat jambatan The Dragon

Dragon's Apprentice Roller Coaster

Kat Dragon's Apprentice Roller Coaster nie lah drama air mata bermula. Huwainaa tak dapat naik sebab bukan umur dia. Memang dia mengamuk dari mula Fiza naik sampai turun roller coaster. Agak ekstrem juga untuk Abg Thaqif tapi bagi Fiza okay je sebab terlalu tinggi dan tak ade yang berpusing. Sesuai untuk anak-anak 120cm ke atas. 

Dragon's Apprentice Roller Coaster

Mama naik ride dengan Abg Thaqif

Naik kuda kat Royal Joust


Imagination

Terus lagi korang akan jumpa zon Imagination. Sini memang tempat ride santai-santai. Senang cerita kalau korang ada baby, lepak je sini. Rides dan attraction seperti DUPLO Playtown, Lego Studio, Kids Power Tower, Build & Test dan Observation Tower. 

Observation Tower

Dari jauh dah boleh nampak Observation Tower kan. Haa ia terletak dalam zon Imagination nie. Makanya nak sampai ke sini jauh jugaklah menapaknya. Anak-anak nampak je menara nie dia panggil Menara Taming Sari sebab sama macam kat Melaka. Jadi kami naik terus sebelum ke ride lain. 

Lego Studio

Nak tengok 4D movies versi lego, korang datang sini. Memang syiok dan pengalaman baru buat anak-anak sebab ia bukan movie biasa. Boleh rasa larger-than-life sound, wind, fog, rain dan lighting effects. Kena pakai spek 4D, nampak animasi tu hidup depan mata. 

4D movies

Dalam studio nampak macam cinema biasa tapi 
pengalaman dia lain dari yang lain

DUPLO Playtown

Interactive play village

Mini train kat dalam DUPLO Playtown

Lesen dah dapat, kat sini pun anak dapat sijil bila join Build & Test. Dorang join racer yang ada kat sini. Sebelum join tu kena buat kereta versi sendiri dan race dengan kanak-kanak lain. Kereta yang paling laju dapatlah hadiah. Anak Fiza dapat sijil penyertaan je, tak menang. Hehehe..

Posing dengan kereta lego ciptaan sendiri

Track race

Dapat sijil penyertaan

Ada 2 lagi Zon yang kami tak sempat nak cover sepanjang 2 hari berada dalam Theme Park iaitu Land of Adventure dan LEGO NINJAGO World. Itu yang kena datang lagi. Miniland pula dah tutup, dorang ada projek lain nak buat kat situ. buat sementara waktu, projek naik taraf untuk keselesaan pengunjung.

LEGO NINJAGO World

Land of Adventure

Rasa-rasa ada bakat dan luck nak dapatkan mainan patung, try la kot dapat. Ada banyak booth-booth tikam patung just for fun.

Budak-budak nie mana boleh tengok anak
patung besar-besar macam tu

Ingat senang nak menang

Dapat juga sebijik main tangkap itik

Nie pun ada satu, tengok je yer sebab 
tak nak habis duit

Fasiliti dan tempat makan korang tak perlu risau. Nak makan standby duit sebab restoran makanan dalam Legoland memang mahal. Kalau nak datang rasa buat pertama kali bolehlah, tapi kalau nak nak makan kat luar pun boleh, keluar gerbang utama ada Medini Mall, situ ada banyak restoran makanan segera. Tapi itu untuk yang ada Annual Passes. Boleh la keluar masuk sesuka hati, kalau korang pakai Day Pass, susahlah sikit. 


Toilet dan surau pun ada. Sebab toilet dia comel, kita belanja gambar toilet yang mula-mula kita masuk. 

Toilet bersih

Toilet paling cantik kita pernah masuk

Surau

Shopping Time

Masing-masing ada barang bawa balik

Tiket parking

Pertama kali sampai kami parking kat kawasan parking yang disediakan. Memang jauh nak jalan kaki. Lepas banyak kali datang, kami tak parking situ dah, kami parking kat Medini Mall. Tak la jauh sangat. 

Habis cerita 2 hari di Legoland Malaysia, nie baru Theme Park. Belum lagi WaterPark dan Sealife. Kami ada 4 hari kat Nusajaya nie. Mana kami stay? Boleh baca di sini --> Menginap di Hotel Legoland Kingdom Themed Room


Wassalam. 

Post a Comment

8 Comments

  1. Wah seronoknya.. Cuya belum pernah pergi lagi. Dalam tu permainan semua berbayar ke dah siap pakej?

    ReplyDelete
  2. nak tnya,klau ambik annual pass kan,utk satu hari saje la kan blh guna?klau esk tu nk msuk lagi,kena beli tiket theme park lain plak kan

    ReplyDelete
  3. Awak nak tanya. Die kira setahun tu ikut by year atau kiraan setahun dari date yg kite purchase?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bermula dari tarikh hari kita buat annual pass tu kat kaunter

      Delete
  4. Nak tanya Land of Adventure ada apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambungan kat sini https://www.fizaizawa.com/2023/05/brick-tacular-holidays-memang-best.html

      Delete