Assalamualaikum. Memandangkan bulan Disember sekarang nie bukan waktu yang sesuai untuk bercamping, jadinya kami sekeluarga memang bekukan dulu aktiviti bercamping. Sekadar nak throwback aktiviti camping kami pada bulan Julai yang lalu. Time tu kan penghujung musim durian.
Durian pertama yang Fiza dapat
Bercamping sambil kutip durian, untung datang waktu musim durian | Waktu buah lebat selalunya pemilik campsite yang ada dusun nie tak bukak campsite dorang demi keselamatan dan of course la sebab dorang nak kutip hasil tanaman time nie. Kalau ada campers susah pula dorang nak kutip kan. Jadinya bila dah penghujung musim, campsite pun dibuka macam biasa.
Campsite Dusun Pak Abu kami pilih untuk bercamping lagi. Kiranya ini kunjungan kali kedua. Kali pertama boleh baca kat sini.
Cerita bercamping kali kedua kat Dusun Pak Abu akan Fiza up nanti. Nak la simpan kenangan set up khemah kat blog kan. Kali nie bukan biashe-biashe tau. Kalau korang nak tahu kena la stay tuned.
Niat nak bercamping bukan sebab durian pun. Memang tak tahu pun sini ada durian. Sebab tapak campsite bebas durian yer, kalau duduk bawah pokok durian tak pasal je hempap khemah, hempap kepala, hospitallah jawabnya.
Jadinya waktu mula-mula sampai, Fiza nak ke toilet. Kat toilet tu ada satu pokok durian tinggi sangat. Tak nampak pun duriannya. Sekali nak lalu dengar ada sesuatu atas kepala.
Bayangkan berderau betul darah tengok durian tengah jatuh, bedebuk betul-betul depan muka. Allah, time tu seronok la sebab mujur tak kena kepala. Sekali tengok atas atas lagi beberapa butir durian yang tunggu masa untuk jatuh. Mungkin saki baki yang ada. Syukur la tak kena kepala.
Cepat-cepat kutip bawa pergi khemah. Lepas tu ke toilet semula sebab hajat nak ke toilet kan. Balik tu jiran campers tolong kupaskan. Panasnya isi durian macam baru keluar dari oven. Durian susu rupanya. Sedap dan pertama kali rasa durian susu. Nak cari memang susah dan tak pernah jumpa lagi orang jual Durian Susu.
Kami ambil durian nie dengan memaklumkan kepada pihak campsite tau dan bukan ambil saja malah kena bayar. Tak kisahlah sebab semuanya bisnes kan. Bukan makan free. Tapi okaylah makan durian fresh. Tak cukup kami order lagi dengan owner campsite. Barulah puas makan.
Camping sambil makan durian. Barulah heaven.
Wassalam.
1 Comments
syoknya kutip buah durian..:)
ReplyDelete