Find us on Facebook

Jalan-jalan cari makan di Putrajaya Food Truck Hotspot @ Presint 2

Assalamualaikum. Jom sambung story staycation ke Putrajaya. Nie gara-gara tak tahu nak bercuti kat mana, Putrajaya pun onzzz. Kita buatlah staycation Putrajaya sambil JJCM. Lepas check Hotel Dorsett Putrajaya, kami ke Masjid Tuanku Mizan bertentangan je dengan hotel.


Jalan-jalan cari makan di Putrajaya Food Truck Hotspot @ Presint 2 | Lepas solat asar di masjid, kami terus jalan kaki ke tapak Food Truck. Tak jauh pun sebelh masjid je. Datang sini memang senang tak perlu nak naik kereta. Biar je kereta tu park diam-diam. Kita eksersais jalan kaki je dengan anak-anak. Sambil ambil angin Putrajaya. 



Perut dah mula lapar, kiranya datang sini boleh la makan untuk malam. Putrajaya Food Truck Hotspot terletak di Presint 2. Dibuka setiap hari bermula jam 5 petang sehingga 12 tengah malam. Syiok rupanya duduk Putrajaya nie. 


Siap ada live band lagi. Tapi waktu kami datang tu dorang baru nak setup lepas tu adalah nyanyi 2-3 lagu sebab dah nak menuju waktu Maghrib. Tapi kami sempat makan. Order kebab dengan oden. 



Walaupun jam baru 6 petang, dah ramai yang datang. Mungkin sebab cuti dan juga hujung minggu.  Seronok makan macam nie, enjoy open air. Harga makanan dan minuman kat sini boleh tahan mahal jugak yer. Jadi pandai-pandai lah korang pilih menu. 






Jam 7 kami terus gerak berjalan ke Hotel sebab dah nak Maghrib. Masa untuk rest, tengok TV di hotel. Masa rasa terlalu singkat di Putrajaya, tapi kami sekeluarga enjoy sangat. Banyak aktiviti kami buat dalam masa sehari di sini. 

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments