Assalamualaikum. Berada dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang dilihat semakin mencabar. Yang mana rutin harian dan situasi bekerja bergilir-gilir di pejabat juga memberi tekanan buat diri Fiza sendiri. Sibuk yang tak dapat dinafikan lagi. Nak berehat di siang hari memang tiada masa langsung. Tahu-tahu dah malam, baru masuk tidur. Jadi bagaimana untuk kekal aktif bertenaga dan sentiasa positif sepanjang hari walaupun di sekeliling kita penuh dengan tekanan?
Tablet Effervescent Nat B Fizzy bantu kekal bertenaga sepanjang hari, mengandungi Vitamin C untuk imun tubuh | Dalam situasi mencabar inilah kita perlu sedar bahawa betapa pentingnya kita mengamalkan rutin dan tabiat hidup yang baik bagi memastikan kesihatan emosi dan tubuh badan kita berada dalam keadaan yang baik.
7 tabiat baik yang Fiza diamalkan dalam tempoh yang mencabar ini untuk kekal sihat
1. Tidur awal dan bangun pagi
Tidur yang cukup sangat penting bukan sahaja untuk kesihatan malah kecantikan. Jumlah jam tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada kumpulan umur. Secara am, ia disyorkan orang dewasa (termasuk warga emas) mendapatkan 7–8 jam tidur setiap malam. Bila tidur awal kita akan bangun awal dengan lebih bertenaga.
2. Sarapan pagi
Sarapan pagi memang sangat penting. Sebelum ke pejabat, akan pastikan sekurang-kurangnya Fiza minum susu. Barulah boleh bekerja dengan elok, tak lapar, sebab bila lapar memang emosi terganggu.
3. Pengambilan makanan seimbang
Kalau makan jangan pilih lauk. Mujur la Fiza jenis makan semua dan kurang memilih. Banyak makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman lagi elok. Buah-buahan pun tak lupa. Sekarang pun Fiza lebih suka makanan yang direbus, dicelur dan kukus. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak kerana ia akan buatkan kita kenyang dan menjadi malas.
4. Kurangkan penggunaan gadget
Yang nie memang sehabis baik Fiza cuba buat melainkan disebabkan kerja. Selalunya Fiza akan abaikan telefon pada hari minggu. Serius hidup jadi tenang dan aman. Emosi pun banyak terjaga barulah kita kekal bertenaga.
5. Banyakkan masa dengan anak-anak
Bermain dengan anak-anak lagi seronok. Teman dorang bermain, ajar dorang macam mana nak main style kita budak-budak dulu. Lupa segala masalah yang ada. Peluk anak memang sangat menenangkan. Anak-anak juga seronok. Bila anak happy secara tidak langsung kita pun happy sama.
6. Beribadah
Dekatkan diri pada Allah. Jangan lupa dan sentiasa memohon doa untuk kita sentiasa dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik. Usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal. Kerana apa yang berlaku adalah atas kehendakkannya.
7. Kerap bersembang dengan suami
Nak cari kawan bersembang memang susah. Kalau pergi pejabat pun hanya duduk di tempat masing-masing. Cukup waktu balik. Jadi ambil pendekatan untuk sentiasa bersembang dengan suami, kalau ada kucing, dengan kucing pun boleh. Ikan ke. Luahkan segalanya. Barulah kita lega dan dapat tenaga untuk teruskan rutin harian.
Jadinya untuk pastikan diri kita sentiasa bertenaga dan terus mendisiplinkan diri dengan tabiat yang baik dan mencapai kesihatan yang optimum adalah dengan mengamalkan pengambilan Nat B Fizzy.
Nat B Fizzy mengandungi Vitamin B kompleks yang membantu dalam kewaspadaan dan fungsi otak. Ini juga mengandungi Vitamin C yang membantu dalam meningkatkan sistem imun. Setiap tablet effervescent Nat B Fizzy mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, Biotin, vitamin C, kalsium, magnesium.
Tablet effervescent yang dibungkus secara individu bagi menjamin kebersihan dan mengurangkan pengoksidaan. 1 tablet pun dah cukup. Hanya larutkan 1 tablet effervescent ke dalam segelas air dan diminum selepas sarapan atau selepas makan.
Nat B Fizzy menolong Fiza untuk terus maju dengan rutin harian yang sibuk. Sedap ke Nat B Fizzy? Rasa sparkeling yang sangat menyegarkan. Memang supplement yang betul-betul dapat membantu Fiza untuk beri tenaga sepanjang hari. Nat B Fizzy adalah jawapannya. Korang pun mesti cuba untuk dapatkan manfaatnya juga.
Unboxing good habit kits
Dalam good habit kits mengandungi 2 kotak Tablet Effervescent Nat B Fizzy, Face Mask pakai buang dan juga Bio-Life Spotify playlist. Boleh scan dan dengar lagu yang bertenaga bertajuk Workout Song with #StayAheadwithNatbFizzy. Tak susah nak cari, scan je di Spotify code yang diberikan dalam kotak tu.
Good habit kits Biolife
Biolife Nat B Fizzy
Disposable Face Mask
Scan je kod nie
Workout Song with #StayAheadwithNatbFizzy
Nat B Fizzy menolong Fiza untuk terus maju dengan rutin harian yang sibuk. Nak bawa pergi pejabat atau ke mana-mana pun boleh sebabkan packagingnya yang compact dan memudahkan. Untuk info lanjut layari http://Biolife.2.vu/natb
#StayAheadwithNatbFizzy #biolifemy @biolifemy
2 Comments
Sihat dan ceria. Alhamdulillah...
ReplyDeletebiasalah bila umur dah 30 tahun ke atas memang bagus amalkan supplement macam nih.
ReplyDelete