Assalamualaikum. Teruja sangat nak share dengan korang semua mengenai skincare terbaharu daripada Cosmoderm iaitu Cosmoderm Perfect Balanced yang kini telah berada di pasaran. Macam biasa, disebabkan Fiza merupakan salah seorang pengguna produk Cosmoderm memang tak akan lepaskan peluang untuk dapatkan set lengkap mereka.
Cosmoderm Perfect Balanced Mini Skin Lab Set | 4 langkah mudah untuk dapatkan perfect balanced skin | Jadinya untuk dapatkan kesemua set, Fiza telah grab Perfect Balanced Mini Skin Lab Set yang terdiri daripada :
1. Perfect Balanced Foaming Cleanser
2. Perfect Balanced Toning Lotion
3. Perfect Balanced WOW Cream
4. Perfect Balanced Mineral Sun Milk
Didatangkan dengan Cosmoderm Limited Edition Doll House
Bila dapat semua set ini, barulah rasa seronok nak guna. Paling best ia didatangkan dalam kotak design doll house yang cantik, comel dan pink lagi. Pink, pink juga, tapi pink bukan sekadar pink tau. Ia mengandungi manfaat dan kandungan bahannya tidak terdapat dalam mana-mana skincare lain lagi setakat yang Fiza tahu.
Bahan-bahan utama yang terkandung dalam Cosmoderm Perfect Balanced antaranya adalah PREBIOTICS dan CALAMINE. Apa fungsi kedua-dua bahan ini yang boleh bantu kita dapatkan kulit yang sihat? Nanti Fiza akan terangkan lagi di bawah.
PREBIOTICS dikenali sebagai makanan untuk Bakteria Baik dan ia membantu :
- Merangsang pertahanan semula jadi kulit
- Meningkatkan cahaya kulit
- Dan memastikan mikrobioma kulit anda seimbang
CALAMINE digunakan untuk soothing kulit dengan kata lain bagi dapatkan kulit yang tenang dan manfaatnya adalah seperti:
- Meredakan kegatalan & kegatalan pada kulit
- Mengurangkan kegatalan & kemerahan kulit
Cara penggunaan
Sapukan sedikit dan urut lembut dalam gerakan bulat.
Bilas hingga bersih dan keringkan.
Langkah 2 Perfect Balanced Toning Lotion
Goncang sebelum digunakan. Tuangkan toning lotion atas telapak tangan.
Tepuk lembut muka
Langkah 3 Perfect Balanced WOW Cream
Sapukan secara merata ke seluruh muka dan leher. Sesuai untuk kegunaan siang dan malam.
Langkah 4 Perfect Balanced Mineral Sun Milk
Tuangkan jumlah yang mencukupi pada tapak tangan. Sapukan ke seluruh wajah.
4 langkah mudah untuk perfect balanced skin
Gunakan kesemua rangkaian untuk hasil yang terbaik
Terbaik untuk kulit wajah serta selamat digunakan
Setelah 2 minggu Fiza gunakan Cosmoderm Perfect Balanced, memang hilang jerawat muka yang ada. Hilang timbul semula itu biasa tambah pula Fiza jenis yang ada kulit elergik terhadap kacang dan minyak. Cuba kalau makan kacang dengan makanan bergoreng, sekejap je jerawat naik.
Bila pakai Cosmoderm Perfect Balanced, ia bantu untuk kurangkan jerawat yang ada, lepas tu rasa kulit lembut dan anjal. Siapa tak suka kan bila kulit kita licin jer. Inilah produk yang sekarang sedikit sebanyak bantu Fiza untuk dapatkan kulit wajah yang sihat.
Lagipun ianya lengkap, tak perlu nak pikir beli produk lain. Dan paling penting gunakan secara konsisten. Ikut aturan, guna ikut yang mana sesuai untuk siang, yang mana sesuai untuk malam. Dengan kata lain kena disiplin la sikit kan.
Mana nak dapatkan?
Dah baca review kan. Mesti korang pun jatuh hati dengan kecomelan dan warna pink Cosmoderm Perfect Balanced. Nak dapatkan pun tak susah, korang boleh dapatkan di Watsons Malaysia atau layari https://www.cosmoderm.com.my/ untuk info lanjut.
#Cosmoderm #CosmodermPerfectBalanced #skindependence
Wassalam.
9 Comments
Ramai yang pakai kata best. Produk cosmoderm ni memnag best. Bila dia keluarkan produk baru, rasa teruja pulak, Dahla warna pink..hehee
ReplyDeleteComel packaging dia pink pink.
ReplyDeleteCantik tengok box dia..buat gift pun sesuai kan..warna pink dia nice gila
ReplyDeleteI also like Cosmoderm Perfect Balanced skincare range, the packging nampak sweet and product pun bagus.
ReplyDeleteOk lawa packaging dia. Pinkish gegilrl mesti suka ni. Ingredients dia pun menarik sgt.
ReplyDeleteSuka dgn Calamine, sb kulit akk pn sensitif cpt gatal
ReplyDeleteBahan2 dia bagus utk rawat kulit especially kulit sensitif.
ReplyDeleteNampak lawa laa set cosmoderm kali ni.. Serba pinky
ReplyDeletekali ini cosmoderm guna warna yg menarik.. mmg menarik tertarik la bg kita ladies ini
ReplyDelete