Find us on Facebook

Watak Kopi kafe wajib singgah jika korang berada di Kuantan

Assalamualaikum. Tak nak cerita panjang. Minggu lepas kami sekeluarga JJCM ke Kuantan lagi. Rajin la hari minggu ke sana. Bukan apa, kat Kuantan ada banyak tempat makan best yang perlu diterjah. Salah satunya adalah sebuah kedai kopi dengan nama Watak Kopi.


Watak Kopi kafe wajib singgah jika korang berada di Kuantan | Nama kedai pun rare kan. Itu yang buatkan kami nak singgah di sini. Dalam fikiran tertanya-tanya apa la menu yang disediakan dalam kedai kopi nie. 

Sebelum itu, kedai ini berdekatan dengan Menara Teruntum, kalau minum belakang kafe boleh nampak Menara Teruntum tu. Dari sini juga boleh nampak Kula Cake. Siapa yang tak tahu Kula Cake tu apa, boleh la search kat Google.


Mula-mula masuk kafe ini, dekorasi dia ala old school. Kerusi meja recycle, deco dinding ala retro, kedai kecil tapi pengunjung ramai. Menu utama mestilah kopi dan roti bakar. Ada juga pelbagai pilihan kek. Kafe nie memang best kalau lepak petang-petang sambil layan kopi.

Dekorasi dinding 


Kaunter order dan kek


Menu makanan dan minuman 


Chocolate indulgence Cake


Red Velvet Cake


Roti Bakar Kaya


Mango Cheese Cake


Thaqif awal-awal minta chocolate cake


Hot Chocolate


Panas tu, suami cakap memang kaw coklat dia


Affogato, kopi dicampur dengan vanila ais krim
Rasa dalgona coffee









Nak bergambar pun cantik je kat sini. Sempat suruh Thaqif dan Huwainaa jadi model, sebab mama berkenan dengan deko ala dinding tak siap dalam kafe nie.

Harga makanan dan minuman di sini juga tidak mahal dan bagi Fiza harganya sangat berpatutan. Kalau dekat memang dah datang hari-hari minum kopi kat sini sambil pekena roti bakar. Jadi kalau korang yang dah pun berdekatan dengan kafe ini atau kalau ke Kuantan, jangan lupa singgah Watak Kopi. Mesti korang rindu akan rasa kopi, roti dan kek yang ada di sini.

Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. manggo cheese cake tu sangat menggoda tau!

    ReplyDelete
  2. Insyaallah ada rezeki boleh singgah ni, kedai2 macam ni selalunya bau dia harum je kan ;)

    ReplyDelete
  3. Menarik juga tempat dia.. Santai2 makan sini

    ReplyDelete
  4. Bulan 11 ni nak turun kuantan. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  5. Wahhh kafe baru. Dulu belajar kat kuantan susah nak dapat cafe yang hipster.

    ReplyDelete