Assalamualaikum. Tak nak cerita panjang. Minggu lepas kami sekeluarga JJCM ke Kuantan lagi. Rajin la hari minggu ke sana. Bukan apa, kat Kuantan ada banyak tempat makan best yang perlu diterjah. Salah satunya adalah sebuah kedai kopi dengan nama Watak Kopi.
Watak Kopi kafe wajib singgah jika korang berada di Kuantan | Nama kedai pun rare kan. Itu yang buatkan kami nak singgah di sini. Dalam fikiran tertanya-tanya apa la menu yang disediakan dalam kedai kopi nie.
Sebelum itu, kedai ini berdekatan dengan Menara Teruntum, kalau minum belakang kafe boleh nampak Menara Teruntum tu. Dari sini juga boleh nampak Kula Cake. Siapa yang tak tahu Kula Cake tu apa, boleh la search kat Google.
Mula-mula masuk kafe ini, dekorasi dia ala old school. Kerusi meja recycle, deco dinding ala retro, kedai kecil tapi pengunjung ramai. Menu utama mestilah kopi dan roti bakar. Ada juga pelbagai pilihan kek. Kafe nie memang best kalau lepak petang-petang sambil layan kopi.
Dekorasi dinding
Kaunter order dan kek
Menu makanan dan minuman
Chocolate indulgence Cake
Red Velvet Cake
Roti Bakar Kaya
Mango Cheese Cake
Thaqif awal-awal minta chocolate cake
Hot Chocolate
Panas tu, suami cakap memang kaw coklat dia
Affogato, kopi dicampur dengan vanila ais krim
Rasa dalgona coffee
Nak bergambar pun cantik je kat sini. Sempat suruh Thaqif dan Huwainaa jadi model, sebab mama berkenan dengan deko ala dinding tak siap dalam kafe nie.
Harga makanan dan minuman di sini juga tidak mahal dan bagi Fiza harganya sangat berpatutan. Kalau dekat memang dah datang hari-hari minum kopi kat sini sambil pekena roti bakar. Jadi kalau korang yang dah pun berdekatan dengan kafe ini atau kalau ke Kuantan, jangan lupa singgah Watak Kopi. Mesti korang rindu akan rasa kopi, roti dan kek yang ada di sini.
Wassalam.
5 Comments
manggo cheese cake tu sangat menggoda tau!
ReplyDeleteInsyaallah ada rezeki boleh singgah ni, kedai2 macam ni selalunya bau dia harum je kan ;)
ReplyDeleteMenarik juga tempat dia.. Santai2 makan sini
ReplyDeleteBulan 11 ni nak turun kuantan. Boleh cuba ni
ReplyDeleteWahhh kafe baru. Dulu belajar kat kuantan susah nak dapat cafe yang hipster.
ReplyDelete