Find us on Facebook

Rasai pengalaman yang menakjubkan sepanjang berada di Museum of Illusions KL @ Ansa Hotel

Assalamualaikum. Memandangkan sudah lama tak berjalan-jalan area Kuala Lumpur, sesekali nak lah juga jejak kaki area Bukit Bintang tu. Ada apalah sangat kalau kat Bukit Bintang tu kan kalau setakat ada shopping mall, lepak, cuci mata dan cuci poket sekali.

Tapi kalau korang fikir macam tu juga, korang silap. Dalam kesibukan Bukit Bintang terletak satu muzium yang selama ini pun Fiza kurang tahu sangat. Bukan muzium biasa-biasa tetapi muzium ini akan membawa kita ke dunia ilusi yang menakjubkan.



Rasai pengalaman yang menakjubkan sepanjang berada di Museum of Illusions KL @ Ansa Hotel | Museum of Illusions KL terletak dalam Ansa Hotel, Jalan Bukit Bintang. Di sini pengunjung akan merasai dunia ilusi yang sesuai untuk dikunjungi oleh semua peringkat umur, dari kanak-kanak sehinggalah golongan warga emas. 


Pengunjung diwajibkan cek suhu sebelum dibenarkan masuk 


Apa yang menariknya di Museum of Illusions KL 

Di sini korang akan menerokai dunia ilusi yang mempesonakan yang akan memperdayakan keyakinan kita sendiri, tetapi kagum bila kita melakukannya; ia juga adalah dunia yang akan mengelirukan kita sepenuhnya, tetapi dalam masa yang sama mendidik kita. 

Macam mana tu? 

Terdapat ruangan di mana kita dapat pengalaman visual, deria dan pendidikan yang menarik dan kebanyakkan ilusi baru yang belum diterokai. Nak lebih faham kena datang dan rasai sendiri. Tapi sebelum itu korang boleh tengok gambar-gambar dan aktiviti yang Fiza sekeluarga buat kat muzium nie. 


Anti-gravity Room 


Ames Room 


Colour Room 


The Vortex tunnel 

Ruang Smart playroom

Smart playroom menyediakan permainan yang akan merosakkan fikiran korang tetapi sekaligus menjadikan korang lebih pintar. Smart playroom dapat merangsang pembelajaran dan keseronokan dengan permainan seperti Dilemma games, wooden puzzles and games, yang merangsang kebolehan kognitif dan mengubah ruang permainan menjadi pusat kecergasan sebenar untuk otak kita.


Wooden puzzle


Dilemma games 


Thaqif pun leka dengan wood puzzle 


Kaleidoscope 


Rotated Room 


Rubin's Vase 


Chair Illusion 


Infinity Room 


Head on the platter 


Swap Nose 


Smart shop 


Berkenan dengan t-shirt nie, beli buat kenangan 


Terima kasih staf MOI KL


Pengalaman sepanjang berada di sini memang sangat mengujakan. Tempat nie banyak magiknya. Kita akan berada seperti di dunia khayalan. Korang pun mesti tertanya-tanyakan macam mana boleh ambil ala Micheal Jackson, lepas itu boleh duduk atas kerusi kecil. Kalau nak tahu jawapannya, memang kenalah datang sini.





Kakitangan di Museum of Illusions KL juga sangat mesra dan membantu. Semua yang ada di sini mereka akan terangkan supaya kita pulang tidak tertanya-tanya. 

Jadi, apa tunggu lagi, ianya telah dibuka untuk pengunjung bermula 13 Jun 2020. Untuk info lanjut dan harga tiket boleh layari:

Twitter : @moi_KualaLumpur

Museum of Illusions KL 
Ansa Hotel 1st&2nd Floor101
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Phone: 03-21102654

TRICK YOUR EYE AND ENTERTAIN YOUR MIND

Post a Comment

3 Comments