Assalamualaikum. Lama tak cerita pasal menginap di hotel. Sebabnya semua orang tahu kan. Takut je nak menginap kat hotel musim-musim Covid-19. Jadinya, pertengahan bulan Julai yang lepas, Fiza sekeluarga telah diberi peluang untuk melawat Museum of Illusions KL yang terletak dalam Hotel ANSA. Hotel ANSA bersebelahan dengan LOT 10 Bukit Bintang. Alang-alang dah sampai sini, walaupun rumah tak jauh pun dari sini, tapi husband ajak tidur je hotel, lagipun anak-anak mesti seronok.
Jemput baca : Rasai pengalaman menakjubkan di Museum of Illusions KL
Pengalaman menginap di ANSA Hotel, hotel tengah Bukit Bintang | Kalau nak tahu hotel ini terletak betul-betul sebelah Lot 10, Bukit Bintang. Bila dah masuk check in, selak langsir tengok bangunan Lot 10. Nak buat macam mana memang hotel tengah-tengah Bukit Bintang.
ANSA Hotel, Kuala Lumpur
Lobi hotel
Masa datang hotel nie, macam biasa dorang ikut SOP yang ditetapkan. Kena scan barcode dulu, lepas itu check in. Dalam lif pun dilimitkan 4 orang dalam satu masa. Kiranya memang mereka ikut dan kita pun kenalah patuhi.
Tempahan dibuat seminggu awal. Kami ambil ANSA Deluxe Room, king bed dan bilik juga luas. Bilik dilengkapi dengan kemudahan Bathroom dan toiletries, Entertainment dengan free wifi, Comforts and Dining, drinking, and snacking, clothing and laundry serta safety and security features.
Bilik yang selesa dan luas
Deluxe Room, king bed
Satellite/cable channels
Desk
Tandas
Ruang rehat
Stay Healthy while travelling
Memang selesa habis lepak kat hotel nie. Nak cari makan pun memang senang sangat jalan je ke Lot 10, atau singgah je Mekdi besar seberang jalan tu atau pergi je kat Sungei Wang Plaza. Memang tak de hal. Stabak pun ada je kat dalam nie. Memang pantang nampak stabak kan, paling tidak pun rasa hot chocolate dia. Kenyang sampai esok pagi.
Dorang berdua nie dah buat kerja masing-masing
Kami selesa menginap di sini walaupun pada asalnya water heater tak berfungsi. Nampak sangat yang memang tiada sesiapa lagi yang menginap di bilik kami tu selepas PKP ini. Tapi technician mereka sampai dalam cepat lepas kami call bagitahu ia tidak berfungsi dan tak panas.
Hotel tengah bandar memang best sebenarnya. Boleh baca lagi pengalaman kami menginap di hotel tengah bandar, boleh nampak menara KLCC lagi. Hotel Ibis Kuala Lumpur, ada infinity pool. Korang yang ada pengalaman menginap di hotel tengah Kuala Lumpur, boleh la share kat ruangan komen di bawah. Mana tahu best kami pun nak pergi.
Booking hotel di Agoda --> ANSA Hotel Kuala Lumpur
Wassalam.
9 Comments
Nice hotel to stay
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteNampak menarik dan selesa tempatnya
cantikkkk...
ReplyDeletenampak cantik dan kemas,ni kalau musim nak shopping elok sgt ni,penat na balik rumah hehehhe
ReplyDeletebersih dan kemas hotelnya. sangat2 selesa
ReplyDeleteNice bilik dia :)
ReplyDeletewahh hotel mewahh.. harga pown diskaun khanns.. :p
ReplyDeleteNanti nak check in kat tengah KL gak lah. Cam best je.
ReplyDeleteWah siap stay hotel dia.. Best tengok
ReplyDelete