Assalamualaikum. Kalau sentuh bab masalah kulit nie, Fiza adalah antara mereka yang mudah untuk dapat gatal-gatal dan kemerahan pada kulit jika terlalu berpeluh. Sama juga dengan anak kedua Fiza. Kalau cuaca panas, dan berpeluh, azabnya betul-betul terasa.
Mulalah nak tergaru-garu. Bahagian yang selalu gatal dan merah adalah di sekitar perut dan pinggang. Usaha tak payah cakap, sabun mandi pun perlu pilih yang organik untuk elak gatal menjadi lebih teruk.
Ahli keluarga yang mencadangkan untuk mencuba herba daun gelenggang. Tapi zaman sekarang dah moden. Mujur ada produk Glow Gelenggang yang mana ianya mengandungi khasiat daun gelenggang yang mampu melegakan kegatalan kulit.
GLOW GELENGGANG dapat membantu mengurangkan serta merawat kegatalan dan penyakit kulit | Petua zaman atuk nenek kita dulu kalau dapat jangkitan kulit atau kulit naik gatal-gatal, dorang akan gunakan daun gelenggang dengan cara menumbuk lumat daun tersebut. Kemudian daun tersebut dicampurkan dengan sedikit belerang atau minyak tanah. Lepas itu barulah disapu pada bahagian kulit yang gatal seperti kurap, panau dan kudis buta.
Penyakit kulit memang sangat susah nak diubati. Ada yang dah sembuh kemudian naik semula. Tambahan pula ia boleh merebak jika digaru dan tidak dirawat. Zaman sekarang senang bila adanya Glow Gelenggang. Ia merupakan produk herba semulajadi yang membantu melegakan kegatalan kulit seperti eczema, psoriasis, panau, bisul, kudis buta, kurap, kayap, ruam susu dan lain-lain penyakit kulit.
Daun Gelenggang dalam perubatan Melayu
Daun Gelenggang sangat dikenali sebagai agen anti-kulat dan anti bakteria. Pokok gelenggang atau disebut juga sebagai daun senna merupakan pokok herba renek yang tumbuh liar di bel ukar atau hutan di Malaysia yang dikatakan berasal dari Amerika Tropik.
Google Image : Daun Gelenggang
Dalam perubatan Melayu, daun gelenggang merupakan tumbuhan ubatan yang mujarab untuk mengubati penyakit kulit seperti kurap dan panau. Caranya dengan melumatkan daun galenggang tanpa air dan dicampur setitik minyak tanah dan lumurkan pada tempat yang terkena kurap. Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang. Kesannya sedikit pedih. Selain dari itu ianya boleh dijadikan penawar kepada sengatan serangga dan eczema.
Produk Glow Gelenggang
Terdiri dari bahan utama iaitu daun gelenggang, habbatus sauda, minyak zaitun, minyak argan, tanah liat putih kaolin dan crystal menthol. Diformulasi dari bahan semulajadi yang berkesan, selamat, bebas bahan kimia dan tanpa steroid. Kesemuanya mempunyai manfaat tersendiri dan ia membantu menghilangkan kegatalan kulit dengan pantas.
- Daun Gelenggang - Agen anti-kulat dan anti-bakteria yang berkesan untuk hilangkan kegatalan dan membantu menyelesaikan masalah kulit.
- Habbatus sauda - Membantu mengurangkan radang dan menyembuhkan luka luaran.
- Minyak Argan - Menjadikan kulit licin dan halus serta mudah menyerap dalam kulit.
- Minyak Zaitun - Sebagai pelembap yang tahan lama pada kulit.
- Tanah liat putih - Sesuai untuk merawat masalah psoriasis, ekzema, cacar air, kudis dan lain-lain masalah kulit.
- Crystal Menthol - Bagi menyejukkan kulit dan tidak panas.
Rangkaian Produk Glow Gelenggang
Produk Glow gelenggang boleh digunakan oleh semua orang tanpa mengira peringkat usia termasuk bayi. Terdiri daripada 3 produk utama iaitu:
- Minyak Herba Organik dengan Habbatus Sauda
- Minyak Herba Organik dengan Daun Bidara (untuk bayi)
- Sabun Herba Organik
Minyak Herba Organik dengan Habbatus Sauda
Memang senang nak gunakan minyak herba ini kerana ia didatangkan dalam pump botol. Hanya sekali picit, boleh terus sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.
Masalah yang Fiza kerap hadapi bila nak gunakan minyak, sama ada perlu lubangkan dahulu penutup botol, atau pun bila tertuang lebih, habis meleleh sampai ke lantai. Belum lagi masalah penutup botol hilang. Macam-macam masalah jadi malas nak gunakan minyak sapu. Tapi packaging minyak herbal Glow Gelenggang sangat mudah untuk digunakan.
Satu picit, tiada masalah lelehan. Ia juga tidak terlalu berminyak, cepat meresap ke dalam kulit dan tiada sebarang bau yang kurang menyenangkan.
Selamat digunakan seisi keluarga
Cara penggunaan Minyak Herba Organik dengan Habbatus Sauda
Bersihkan kulit dahulu, seelok-eloknya dengan sabun herba organik Glow Gelenggang. Picitkan sedikit dan sapu minyak herba di tempat gatal sehingga menyerap. Guna selepas mandi dan setiap kali gatal. Elakkan menggaru.
Minyak Herba Organik dengan Daun Bidara (untuk bayi)
Untuk bayi pula, Glow Gelenggang menyediakan Organic Herbal Oil dengan Daun Bidara khas untuk kegunaan bayi. Masalah eczema, ruam panas dan ruam susu memang kerap kita dengar. Sebagai ibu, Fiza gunakan minyak herba dengan daun bidara ini untuk merawat ruam panas dan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
Ia juga didatangkan dalam pump botol dan mudah untuk digunakan. Hanya picit 1 ke 2 titis, terus sapu di tempat yang bermasalah. Kalau kelam kabut dengan anak pun tak risau minyak tidak akan tumpah.
Cara penggunaan Minyak herba bayi
Bersihkan bayi terlebih dahulu seelok-eloknya selepas mandi. Sapukan 1-2 titik minyak pada permukaan kulit bayi yang mengalami masalah sehingga menyerap. Boleh disapukan sebelum tidur atau setiap kali bayi rasa gatal.
Sabun Herba Organik
Sabun herba Glow Gelenggang berstruktur lulur (scrub). Ia terdiri dari sejat hijau asli daun gelenggang itu sendiri. Ia berfungsi menanggalkan sel kulit mati, dan melembutkan kulit. Ia tidak berbuih atau berlendir bila digunakan kerana bahan yang terkandung dalam sabun tetap banyak walaupun sabun telah menipis.
Cara penggunaan Sabun Herba
Guna ketika mandi, 2-3 kali sehari. Gosok pada bahagian kulit secara memutar. Sabun ini boleh digunakan seluruh badan termasuk muka dan rambut.
Tidak berbuih, senang dibilas.
Selepas guna sabun herba, kulit jadi lembut dan licin
Testimoni sendiri selepas menggunakan produk Glow Gelanggang
Mandi dengan sabun herba memang best kerana tesktur sabun yang berbentuk lulur serta kasar buatkan kulit rasa bersih dan licin. Bila mandi, scrub je badan dengan sabun herba nie, habis hilang segala gatal kulit yang ada kat badan nie.
Gatal-gatal leher kat anak akibat ruam peluh pun berkurangan bila sapu dengan Glow Gelenggan Daun Bidara. Baunya agak wangi dan selesa sedikit. Sekurang-kurangnya dia tak menggaru bila gatal. Bila dia mula nak menggaru, terus sapu in syaa allah memang automatik tak gatal.
Sama juga kalau terkena gigitan nyamuk. Ia bukan untuk merawat luka bagi sembuh tetapi membantu untuk kurangkan gatal. Masalah kulit nie kalau makin digaru makin teruk jadinya. Boleh membawa kepada kudis dan kulit pun jadi tak cantik. Jadi untuk elak jadi makin serius, mandi dan sapu dengan produk Glow Gelenggang.
Testimoni pengguna Glow Gelenggang
Kunci bagi mengatasi masalah kulit yang kita hadapi adalah konsistensi. Jangan bila pakai sekali kita mengharapkan masalah kulit yang dihadapi akan selesai kerana ia bergantung pada usaha yang berterusan. Bukan mudah hendak mengatasi masalah kulit kronik seperti kurap, kudis, panau dan seumpamanya. Ada yang menghidap penyakit kulit sepanjang hidup tetapi masalah itu selesai selepas menggunakan produk Glow Gelenggang.
Kita berikhtiar, in syaa Allah, ALLAH akan sembuhkan. Glow Gelenggang berkesan membantu melegakan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh Eczema, Psoriasis, kurap, panau, kutu air, kayap, kutu rambut, resdung, badang, kudis buta, kurap susu bayi, bisul dan gatal-gatal.
Harga produk
Untuk info lanjut dan pembelian boleh layari :
Website : https://glowgelenggang.com/
Facebook: https://www.facebook.com/glowgelenggang
Instagram: https://www.instagram.com/glowgelenggang/
Untuk tempahan : http://www.wasap.my/60145445951
8 Comments
Cantik packing dia.
ReplyDeleteKat kebun, wak memang bela pokok gelenggang ni.
ReplyDeleteKinah pun guna glow gelenggang ni fiza. Sejak ngandung bila berpeluh asyik naik ruam je. Best guna glow gelenggang ni. Sabun dia pun wangi
ReplyDeleteBagus bila ade produk mcm ni. Takyah sush2 tumbuk2 bagai kan..
ReplyDeleteMesti bau dia best kan ;)
ReplyDeleteComelnya botol dia.
ReplyDeleteNice product to use.
ReplyDeleteBagusla boleh pakai seisi keluarga.. Nak kene ade ni.. Sesuai utk gatal2
ReplyDelete