Find us on Facebook

Selamat Hari Coklat Sedunia 2020

Assalamualaikum. Selamat Hari Coklat Sedunia buat pembaca fizaizawa.com. Sebelum ini Fiza pun tak pernah ambil tahu pasal hari coklat nie. Kebetulan pagi tadi waktu drive, radio Suria bersembang mengenai coklat dan tetamu jemputannya adalah Chef Amir. 


Selamat Hari Coklat Sedunia 2020 | Ia disambut pada 7 Julai setiap tahun. Sambutan ini membolehkan pencinta coklat di seluruh dunia menikmati makanan kegemaran mereka tanpa rasa bersalah tak kisahlah coklat macam mana pun, termasuk susu coklat, coklat panas, gula-gula coklat, kek coklat, brownies, atau apa sahaja yang diliputi coklat.


Antara Jenis Coklat Paling Lazim:

Coklat penaik tanpa gula - pepejal koko dan mentega koko dalam bahagian yang berbeza-beza.
Coklat manis - pepejal koko, mentega koko atau lemak dan gula lain.
Coklat susu - coklat manis dengan susu tepung atau susu pekat.
Coklat putih - mentega koko, gula, dan susu tetapi tiada pepejal koko.



Sebut pasal Chef Amer atau nama penuhnya Amer Hamzah Ahmad merupakan chef yang terkenal sebagai pencinta coklat terkemuka di Malaysia. Beliau juga disenaraikan sebagai salah satu daripada sembilan chef selebriti terbaik di Malaysia dan sangat pakar dalam coklat.

Kalau nak cerita pasal coklat memang panjang. Fiza juga salah seorang penggemar coklat. Kalau datang mood nak makan coklat, memang mencari. Antara kebaikan coklat ia membantu mengurangkan tekanan atau stres. Menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat.  Itu baru satu makan coklat boleh bijak. Haa... nak tahu cari lah sendiri macam mana boleh jadi bijak tu.

Hari ini kita makan coklat tanpa rasa bersalah yer. Selamat Hari Coklat Sedunia.

Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. Kami pengemar coklat. Terutamanya dark coklat. Sedap sangat..

    ReplyDelete
  2. Lorrrr..... ada ek hari coklat sedunia. Mrs. A pun tak pernah tahu hahahaaa... ni baharu tahu

    ReplyDelete
  3. Oh baru tahu. Suka makan coklat juga. huhu. Happy Chocolate's Day!

    ReplyDelete
  4. Wahhhh.. ada aari coklat rupanya 🤣

    ReplyDelete
  5. owhh baru tahu juga ada hari coklat

    ReplyDelete
  6. selamat hari coklat juga..saya pun peminat choc

    ReplyDelete