Assalamualaikum. Penjagaan kulit bukan hanya tertumpu pada wajah sahaja tau. Mentang-mentang orang tengok muka je, kita pun kemain jaga muka sampai lupa yang seluruh badan kita nie semuanya kulit.
Masalah kulit kering, kegatalan, ruam memang sering terjadi. Tambahan pula kita di Malaysia berada dalam iklim khatulistiwa. Sekejap hujan, sekejap panas sudah pasti kulit kita akan terdedah pada cuaca panas. Macam Fiza sendiri, tengah hari ambil anak sekolah, kemudian masuk pejabat yang berhawa dingin, itu semua membuatkan kulit Fiza menjadi semakin kering dan gelap.
Koolit Skincare membantu atasi masalah kulit kering dan sensitif serta selamat untuk kulit bayi | Skincare terbaik untuk kulit kering kering dan sensitif yang kini berada di pasaran. Koolit terdiri daripada Koolit Calming Cream, Koolit Soothing Lotion, Koolit Gentle Body Wash. Kesemuanya diperkayakan dengan Ekstrak Akar Manis. Koolit juga semakin dikenali sekarang, sampaikan sewaktu Fiza ke Watsons tempoh hari, ada kakitangan Watsons mencadangkan untuk mencuba Koolit bersaiz poket.
Koolit sangat memahami masalah yang kebanyakkan rakyat Malaysia hadapi sekarang. Sebab itu Fiza tidak berlengah untuk dapatkan rangkaian penjagaan kulit Koolit untuk kegunaan seisi keluarga.
Produk penjagaan untuk Kulit Kering & Sensitif Yang Selamat, Berkesan & Terbukti |
Pengenalan KoolitTM
KoolitTM merupakan skincare yang membantu secara semulajadi memberikan kebaikan dan menyihatkan kulit tanpa pengelupasan kimia. Diformulasi supaya cepat menyerap, diperkaya dengan extrak Akar Manis (Licorice Root Extract) yang telah terbukti tinggi sifat antioksidan, anti-radang dan anti-mikroba, menjadikan kulit lembut dan kulit sihat bersinar.
Kandungan Utama Koolit
Kandungan aktif terdiri daripada Extrak Akar Manis, anti-radang, 40x antioxidan dan ianya membantu dalam mencerahkan kulit. Mengandungi vitamin E semulajadi. Krim dan losyen dengan penyerapan pantas serta tidak melekit.
Kebaikan Extrak Akar Manis (Licorice Root Extract)
Google Image : Akar Manis (Licorice Root) |
Penggunaan licorice secara perubatan berasal dari Mesir kuno. Ia juga telah digunakan dalam ubat tradisional Cina, Timur Tengah, dan Yunani untuk merawat perut yang sakit, mengurangkan radang, dan mengatasi masalah pernafasan.
Boleh membantu memperbaiki keadaan kulit
Akar licorice mengandungi lebih dari 300 sebatian, dan ada sebatian tersebut antaranya menunjukkan kesan anti-radang, antibakteria, dan antivirus yang kuat. Hasilnya, ekstrak akar licorice digunakan untuk merawat pelbagai keadaan kulit, termasuk jerawat dan Eczema.
Set Lengkap Koolit - Koolit Calming Cream, Koolit Soothing Lotion, Koolit Gentle Body Wash.
Koolit Gentle Body Wash |
a. Koolit Gentle Body Wash
- Tidak perlu dibilas (tanpa air, ratakan diatas kulit dan lap dengan tuala lembap)
- Wangian disahkan selamat oleh perbadanan antarabangsa IFRA
- Mengandungi Vitamin C & E
Koolit Calming Cream |
b. Koolit Calming Cream
- Melembapkan kulit kering dan kulit kering sensitif
- Diperkayakan dengan minyak zaitun (untuk kelembapan kulit)
- Vitamin E Semulajadi
- Tanpa wangian
Koolit Soothing Lotion |
c. Koolit Soothing Lotion
- Kelembapan segera untuk kulit normal dan kulit kering
- Diperkayakan dengan minyak Jojoba
- Penyerapan pantas (dalam masa 10 saat)
- Vitamin E Semulajadi
Cara Penggunaan
a. Koolit Gentle Body Wash. Tak susah nak pakai body wash nie. Pertama kali Fiza gunakan Body wash yang tidak perlu dibilas. Dengan hanya ratakan body wash pada kulit dan lap dengan tuala lembap.
Untuk kesan yang lebih baik, boleh gunakan body wash dua kali sehari.
Ratakan body wash dan lap dengan tuala lembap |
b. Koolit Calming Cream. Calming Cream pula boleh digunakan selepas pengunaan Gentle Body Wash. Nak gunakan seberapa banyak kali dalam sehari pun boleh.
Picit krim, dan sapu rata pada kulit |
Tidak melekit dan cepat menyerap serta tanpa bau |
c. Koolit Soothing Lotion. Soothing Lotion sama seperti Calming cream, boleh digunakan selepas pengunaan Gentle Body Wash atau seberapa banyak kali dalam sehari.
Picit losyen atas tapak tangan |
Sapu di kulit, formula cepat serap jadikan kulit lembut dan lembap |
Boleh juga digunakan di muka |
Testimoni anak sendiri bersama Koolit
Koolit memang selamat untuk anak kecil. Fiza telah gunakan set koolit ini untuk anak Fiza yang kerap alami masalah ruam dan gatal akibat berpeluh. Apa yang Fiza temui, selepas mandikan Huwainaa dengan body wash, lap kering dan kemudianya sapu dengan calming cream, keesokkannya luka jadi kering.
Krimnya yang cepat meresap buat anak tak rimas dan tak rasa seperti disapu dengan krim. Lagi satu aktiviti mengaru-garu belakang leher pun Fiza perhatikan tiada. Fiza gunakan Koolit pada anak secara konsisten setiap hari selepas mandi. Hasil dia memang terbaik. Luka hilang dan kulit belakang leher yang selalunya kesat akibat ruam jadi licin dan lembut.
Perubahan dari Minggu 1 sehingga Minggu 4 |
Sama juga di tangan, memang ruam gatal macam selalu ada kat anak Fiza. Dulu anak sulung pun macam tu. Sekarang anak kedua pun sama. Tapi bila mandi dan sapu Koolit, memang nampak ruam tersebut berkurangan dan beransur kurang.
Kegatalan di celah tangan beransur pulih setelah 4 minggu |
Fiza memang mengesyorkan setiap rumah wajib ada Koolit. Kandungan bahan semulajadi dan selamat dalam Koolit benar-benar membantu pengguna untuk mendapatkan kulit yang sihat dan selamat. Koolit merupakan produk penjagaan untuk Kulit Kering & Sensitif Yang Selamat, Berkesan & Terbukti.
Bagi pendapat Fiza, pengunaan losyen hanya dapat mengatasi masalah kulit kering untuk waktu yang singkat. Sebab itu, perlu adanya set lengkap untuk kulit. Bermula dengan mandi, diikuti dengan krim dan kemudiannya losyen.
Untuk anak Fiza yang kerap menghadapi kulit sensitif terhadap peluh. Bila pakai Koolit, masalah selesai. Sebelum ini memang kesian tengok anak menggaru sampai luka kerana terlalu gatal.
Koolit adalah pilihan tepat. Setelah hampir 4 minggu mencuba, kesannya tidak mengecewakan malah Fiza dapat rasakan inilah skincare terbaik buat kami sekeluarga.
Nota : Pastikan air diminum dengan secukupnya
Kesimpulan, kenapa korang perlu dapatkan Koolit?
- Produk KoolitTM amat sesuai untuk kulit sensitif dan juga kulit biasa.
- Kandungannya semulajadi, ia boleh digunakan ke atas semua jenis kulit.
- Boleh digunakan sebagai pencuci dan krim pada muka.
- Boleh digunakan seisi keluarga dan selamat untuk kegunaan bayi (seluruh badan)
- Formulasi penyerapan pantas melambatkan proses kehilangan air epidermis (TEWL) 20% dalam masa 24 Jam
- Perubahan ketara akan dapat dilihat selepas penggunaan selama 4 minggu.
- Terbukti, efektif dan berpatutan
- Mendapat Pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP)
Keberkesanan Koolit juga terbukti berkesan dalam mengatasi masalah kulit sensitif. Ia juga membantu mencantikkan kulit, mencerahkan serta menyihatkan kulit. Paling penting ianya selamat serta bebas bahan kimia merbahaya.
Produk Koolit kini boleh didapati di Watsons, Shopee, Lazada and local pharmacies bermula April 2020. Bagi kebaikan dan kualiti yang diperoleh, harganya juga murah.
Koolit Calming Cream : RM48
Koolit Soothing Lotion : RM35
Koolit Gentle Body Wash : RM45
Untuk pembelian dan maklumat lanjut mengenai Koolit, boleh layari:
Website : www.mynaturaloption.com
Facebook :www.facebook.com/koolitmy
Instagram : www.instagram.com/koolitmy
Shopee : https://bit.ly/363jknG
Lazada : http://bit.ly/2VT0AUX
Watsons https://bit.ly/2S47Jio
20 Comments
wa bagusnya jenama ni sgt lembut utk kulit yg sensitif
ReplyDeleteDah guna dah. Memang best
ReplyDeleteBgusla.. Untuk seisi keluarga. Lagi yang ada masalah kulit
ReplyDeleteKemas dan padat.. suke entry fiza
ReplyDeletekita pun guna..best2..:)
ReplyDeleteMemang ternyata berkesan koolit ni, anak IQ pakai pun memang elok.
ReplyDeleteMemang nampak perubahan tu. Yang berkulit sensisitf dan kering elok sangat gunakan produk koolit ni kan
ReplyDeleteMcm best
ReplyDeleteNice la dia punya product..zaza pun jenis kulit sensitif jgk..
ReplyDeleteMenarik nie Fiza.. Kak Sue pun jenis kulit kering juga. Boleh lah kalau nak cuba nanti..
ReplyDeleteKena share dgn ibu ni. Mmg dok cari produk mcm ni
ReplyDeleteBagusnya koolit bodycare line ni. Nampak keberkesanannya, dengan bahan yang bagus jugak. harga pun mampu milik.
ReplyDeletewaa..bagusnya sabun koolit.tak perlu bilas dengan air pun
ReplyDeleteMacam nak cari je esok esok. Sebab ank kita tgh alami gatal gatal. Tak tau la kenapa. Kut boleh membantu bagi baik kan.
ReplyDeleteEhh jenama ni unik la. Senang nak ingat, branding yg dekat di hati. Bahan pun semulajadi
ReplyDeletekasang-kadang salah makan boleh jd elergik juga nnt nak try produk ni pula..
ReplyDeletekadang-kadang salah makan boleh jadi elergik juga, nnt nak try produk ni la
ReplyDeleteDni guna juga kat perut. Alhamdulillah best kulit pun xde gatal-gatal
ReplyDeleteNampak bgus ni sbb ena tahu pon dari viral hehe. Barang bagus sebabtu org sharing.
ReplyDeleteMy friends also pakai skincare ni, feedback dia orang pun bagus bagus.
ReplyDelete