Assalamualaikum. Hari ini sudah masuk 28 Syawal. Raya kali ini sangat berbeza bukan sahaja buat kami malah seluruh umat islam di dunia. Mujur juga sewaktu raya, kerajaan telah umumkan PKPB. Masih boleh ziarah tetapi hanya satu hari dan dilarang merentas negeri. Bagi kami tahun ini sepatutnya beraya di Kelantan, tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kami beraya anak-beranak sahaja.
|
Juadah pagi raya |
Suasana pagi Syawal kami sewaktu tempoh PKPB | Raya kami tetap diraikan dengan sederhana tetapi meriah, walaupun berempat. Alhamdulillah. Baju raya yang kami beli dan tempah siap seminggu sebelum raya. Dia punya debar ingatkan baju tak siap jahit.
Mujurlah tailor berbangsa cina tersebut memahami. Malam raya Fiza sudah sibuk gosok baju dan masak rendang ayam. Biar pun tiada siapa yang nak datang rumah, raya tetap raya kerana ia adalah perayaan umat islam dalam meraikan kemenangan sebulan berpuasa.
|
Kami sedondon di pagi raya |
Kalau ikutkan raya kami sedondon dengan Famili mertua pada tahun ini, tapi disebabkan Covid-19, tak dapat berkumpul dan bergambar bersama.
|
Thaqif dan Huwainaa |
Zaman dah canggih, pagi-pagi sempat buat video call dengan mak dan adik. Dapat tunjuk menu raya pada mak. Mak pula buat Nasi Tomato hari tu. Adik Fiza buat lontong dan rendang ayam. Menu dorang sediakan pun nampak sedap semuanya.
|
VC dengan mak dan adik |
Juadah pagi Raya, menu wajib setiap kali raya adalah soto nasi impit. Sempat juga rebus ketupat palas untuk dimakan dengan rendang. Boleh kata, raya kami memang makan je.
|
Menu Soto |
|
Soto Ayam bersama nasi impit |
|
Ketupat palas rendang ayam |
|
Hamper pemberian kawan |
|
Air sirap laici |
|
Beginilah raya kami |
|
lepas makan timbang berat |
|
Huwainaa main pun pakai baju raya |
|
Thaqif macam biasa eksited dengan kipas
|
Beginilah suasana raya pertama kami sewaktu tempoh PKPB. Makan, lepak sambil tengok televisyen. Walaupun tak dapat beraya di kampung, kami redha. Tapi sekarang dah boleh rentas negeri kan. Fiza pun dah balik jumpa mak abah di kampung. Nantikan entry seterusnya.
Wassalam.
7 Comments
waa..tetap meriahnya sambutan rayanya
ReplyDeleteMasih meriah walaupun tidak dapat balik kampung
ReplyDeletewaalaikumussalam. kenangan yg takkan dilupakan hari raya dalam tempoh pkpb kan ^_^
ReplyDeleteMeriah juga suasana raya kak Fiza.
ReplyDeleteRumah kami pun meriah dengan makanan walaupun tak seberapa. Raya ketiga baru ada ajak kawan2 datang rumah jamu makan tu pun tak ramai and yang duduk dekat2 je.
Raya tahun ni memang takkan dilupakan. Istimewa dari ramadan dan syawal yang lain.
Selamat hari raya!
ReplyDeleteFollow :)
Alhamdulillah.. dapat juga beraya dlm tempoh PKPB ni..soto tu nampak sedap
ReplyDeleteSuasana bakal berulang untuk tahun 2021 sekiranya tanpa rentas negeri. Semoga dipermudahkan semua.
ReplyDelete