Assalamualaikum. Pencuci mulut bulan Ramadhan yang tidak akan dilupakan ada butir nangka atau butir nako. Selalunya banyak dijual bazar Ramadhan. Tahun ini kita cuba buat sendiri. Lagipun tidak susah mana pun. Bahan utama adalah santan dan tepung beras pulut. Untuk resipi kali ini juga Fiza tidak menggunakan daun pandan sebab tiada di rumah.
Kuih Butir Nangka Paddle Pop |
Bahan-bahan butir Nangka
🔹1 cawan tepung beras pulut
🔹Pewarna biru
🔹Pewarna sirap
🔹Pewarna jagung
Cara membuat butir nangka
1️⃣Uli tepung beras pulut dicampur sedikit air. Bahagikan 3 bahagian untuk 3 warna.
2️⃣Bentukkan seperti butir nangka
3️⃣Panaskan air dalam periuk untuk mula merebus.
4️⃣Masukkan butir nangka dan tunggu sehingga ia timbul (tanda masak)
5️⃣Angkat dan rendan dalam air sejuk seketika.
Bahan-bahan kuah
🔹Sekotak santan kelapa Ayam Brand
🔹Gula dan garam
🔹1/2 sudu kecik Halba
Cara Memasak
1️⃣Satukan semua bahan dalam periuk.
2️⃣Kacau perlahan-lahan sehingga menggelegak.
3️⃣Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4️⃣Masukkan butir nangka, kacau sebentar dan siap.
Halba |
Uli tepung beras pulut dan bahagikan kepada 3 warna |
Bentukkan seperti butir nangka |
Rebus sehingga timbul |
Sejukkan dalam air untuk elakkan melekat |
Masak santan bersama halba, dan masukkan butir nangka |
Siap untuk dimakan |
Memang tak susah pun cuma renyah. Itu biasalah kalau nak buat kuih. Nak makan punya pasal terpaksalah buat kan. Jadinya selamat mencuba.
Wassalam.
5 Comments
ceria sungguh warna. macam play-doh. ahha
ReplyDeleteingat td mmg betoi2 rasa nangka.. hehe..
ReplyDeletecumanya sebesar bijik nangka.. nyum2
Hi.. i from bangladesh I have benefited a lot from visiting your site. Thank you
ReplyDeletewarna tu menarik... nanti akak nak cuba buatlah
ReplyDeleteYummy sedap nye Fiza
ReplyDelete