Assalamualaikum. Berapa ramai lagi kawan-kawan kita yang telah berkahwin dalam tempoh yang lama tapi masih belum dikurniakan rezeki zuriat. Rezeki itu memang dari Allah tetapi kita sebagai hambanya jangan sesekali berhenti meminta dan memohon darinya.
Betapa Fiza sangat memahami situasi mereka yang berkahwin tetapi tidak senasib mereka yang mendapat bunting pelamin, atau mendapat zuriat setelah setahun mendirikan rumah tangga. Fiza juga mengalami perkara yang sama. Penantian 3 tahun yang penuh dengan perlian dan tomahan yang tidak masuk akal.
Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat (Ustazah Siti Nor Bahiyah) |
Doa dan amalan untuk mendapatkan zuriat | Suka untuk Fiza kongsikan bagi mereka yang masih berusaha. Doa dan amalan ini adalah perkongsian daripada Ustazah Siti Nor Bahiyah di FBnya.
Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t.
Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.
Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
C&P : FB Ustazah Siti Nor Bahiyah
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. Jangan berhenti meminta dan memohon darinya. In Syaa Allah.
Wassalam.
2 Comments
Assalamualaikum.Alhamdulillah... terima kasih untuk perkongsian ini. Saya pun masih ikhtiar hamil 8 tahun... bila baca entri ni rasa kembali bersemangat nak ikhtiar. Done follow #1117. Dah banyak kali singgah sini suka dengan semua entry. rupanya tak follow2 lagi.. alamak...
ReplyDeleteAamiin
ReplyDeletesemoga diperkenankan doa2nya