Assalamualaikum. Bila tiba bulan Disember dan menghampiri tahun baru bermakna umur pun makin bertambah. Bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk Fiza meneruskan kehidupan bersama suami dan anak-anak tersayang.
Baskin Robbins Ice Cream Cake terbaik sebagai kek hari jadi Mama | Bulan Disember juga merupaka bulan kelahiran buat Fiza dan juga Huwainaa. Mama lahir 11 Disember, Huwainaa pula 23 Disember. Baby Disember lah kami nie. Sempena hari jadi Fiza, suami menghadiahkan Baskin Robbins Ice Cream Cake. Bolehlah makan dengan budak-budak berdua tu sebab dorang memang suka sangat dengan ais krim.
Sempat juga tapau Kenny Rogers Roaster untuk dibawa pulang. Kami sambut secara simple sahaja di rumah. Makin sambil santai-santai.
Terima kasih buat suami dan anak-anak. Terima kasih juga buat kawan-kawan yang memberi bunga, kek, hadiah dan doa untuk tahun ini. Alhamdulillah. Walaupun hadiah yang Fiza terima tak semeriah tahun lepas, tetapi itulah rezeki Fiza.
Untuk Huwainaa memang kami tak berkesempatan lagi untuk sambut. Rasa macam kesian pula kat Huwainaa. Nampaknya mama nak kena plan beli kek nie. Sebagai kenangan buat Huwainaa. Nanti mama akan laksanakan. In syaa Allah.
Wassalam.
5 Comments
wahh eskem sedap tuuuh., ;p
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Wow colourful warna kek aiskrim 😍
ReplyDeleteHappy belated birthday Fiza..
ReplyDeletewahhh.. suka anak2 dpt aiskrim.. mak pun senyum lebar dpt aiskrim. hehe
ReplyDeletehepi belated birthday Fiza. Jeles tengok kulit cantik. Awet muda je
ReplyDelete