Find us on Facebook

Baharu Clinelle Peeling Pad & Refining Masks 2 dalam 1

Assalamualaikum. Alhamdulillah rezeki menang contest di Shopee Live oleh beauteshopee telah sampai di tangan. Kebetulan waktu itu Fiza mengikuti Shopee Live dan waktu itu mereka sedang mempromosikan produk kecantikan wajah Clinelle. 



Baharu Clinelle Peeling Pad & Refining Masks 2 dalam 1 | Waktu sedang live, mereka akan memberikan soalan dan 5 jawapan terpantas akan menerima hadiah yang mereka tawarkan waktu tersebut. Fiza pun hanya mencuba nasib. Dengan menulis jawapan di ruangan komen. Tak sangka nama disebut dan disenaraikan dalam 5 nama pemenang.


Shopee Live
Mesej dari pihak Beauteshopee
Hadiah yang Fiza dapat adalah Clinelle Peeling Pad & Refining Masks 2 dalam 1 yang mana mask ini menggabungkan peeling pad dan refining sheet mask. Gabungan sempurna ini adalah untuk mengatasi dan memperbaiki kulit supaya kelihatan lebih bermaya & kecantikan kulit. Terdapat 4 variasi mask yang diperkenalkan iaitu Hydrating, Lifting & Firming, Whitening dan Purifying dengan fungsi untuk menangani masalah kulit yang berbeza-beza.

Whitening
Hydrating
Lifting & Firming

Purifying
Semua produk Clinelle juga dirumuskan dengan 6 Secrets to Happy Skin yang sama sekali tidak mengandungi ramuan berbahaya: Tidak pewarna tiruan, Tiada wangian tiruan, Tiada lanolin, Tiada mineral oil, No SD- alcohol and No comedogenic ingredients. Memang terbaik untuk kulit muka.


Clinelle Peeling Pad & Refining Masks (RRP : RM14.90/pc) boleh didapati di Watsons.

Fiza ada berita gembira hendak dikongsikan kepada pembaca yang mana Fiza hendak berikan baucer kod kepada RM 7 OFF dengan RM 30 Min Spend untuk pelanggan baru Shopee sahaja.

Gunakan kod ini FIZAXSHOPEE semasa check out dan ianya sah sehingga 31 Disember 2019. Jadi jom lawati Shopee Malaysia sekarang. 

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments