Assalamualaikum. Cerita ini dah lama sebenanrnya. Sebelum raya, anak-anak kami berpeluang bertemu Omar dan Hana di AEON Mall Anggun, Rawang. Kebetulan waktu itu memang pengunjung ramai datang untuk membuat persiapan hari raya.
Omar dan Hana bertemu peminat cilik di AEON Mall Anggun Rawang | Kami pun tak tahu pun yang Omar dan Hana akan berada di sini. Semasa sibuk dalam AEON, tiba-tiba terdengar lagu Omar dan Hana.
Huwainaa menunggu giliran |
Jangan tidak percaya, Fiza cepat-cepat tolak stroller Huwainaa dan berlari anak dengan Thaqif. Dedi dia memang kami tinggalkan dahulu sebab nak sahkan betul atau tidak ada Omar dan Hana. Tengok-tengok betul. Apa lagi berlari la kami mencari lif, nak turun ke center lobby.
Thaqif buat muka cuak dah |
Ada pula sesi bergambar. Minta tolong dedi untuk beratur bersama Thaqif. Ramainya peminat Omar dan Hana yang datang untuk bersalam dengan patung comel nie. Huwainaa pun kemain seronok dapat tengok Omar dan Hana secara live.
Hana pegang rambut abg Thaqif, Huwainaa kemain seronok |
Huwainaa pegang tangan Hana |
Huwainaa memang perhati je Hana |
Huwainaa sengih sampai telinga |
Abg Thaqif tak habis lagi tengok Hana |
Huwainaa sengih sampai ke telinga. Dia memang tak takut langsung. Thaqif pula yang nampak cuak dia sebab Omar dan Hana besar sangat. Rezeki anak-anak. Sampai ke rumah pun Thaqif tak berhenti bercerita dia jumpa Omar Hana, Huwainaa senyum je sebab tak pandai cakap lagi kan.
IG story omardanhana |
Posting Fiza dan anak-anak bertemu Omar dan Hana mendapat reaksi positif dari IG omardanhana. Mereka pun membuat re post semula IG post Fiza di IG story mereka. Terima kasih Omar dan Hana kerana penghargaan. Semoga Omar dan Hana akan lebih berjaya dalam mendidik anak-anak kecil untuk mengenali islam dan menyayangi islam.
In syaa Allah.
Wassalam.
1 Comments
ReplyDeleteشركة كشف تسربات المياه ببقيق
شركة كشف تسربات المياه بالدمام