Assalamualaikum. Masa pindah rumah bulan 5 hari tu, banyak barang kami bagi kat orang. Bila masuk rumah, tempat nak letak pinggan pun kami tiada. Terpaksa beli baru sebab yang sebelum ini boleh diletakkan atas sinki. Kali ini dapur berbeza. Terpaksa pakai rak pinggan dengan aliran air.
Sebelum berjumpa dish drainer jenis atas, mulanya Fiza beli dish drainner yang di bawahnya gunakan pelapik. Tetapi kesannya air sentiasa bertakung dan kalau tidak dibuang akan berbau busuk. Maka terpaksa tukar sebab malas juga lepas basuh pinggan perlu keringkan pelapik pula.
Mujur jumpa yang ini. Memang simple dan sangat berguna. Air pinggan yang baru dibasuh akan turun terus ke singki. Dish drainer idaman sungguh.
Sekarang dah tak risau air bertakung yang busuk. Fiza dapatkannya di SC Neighborhood Market Sg. Buloh. Tak silap harganya hanya RM 49.00 sahaja.
Wassalam.
3 Comments
bestnye jns camni..
ReplyDeletesng keje..
ok dah tu fiza.. berbaloi harganya ... kat dapur ni x de dish drainer susahh.. pinggan tak sejat pulak kan
ReplyDeletebagus rak pinggan macam ni :-)
ReplyDelete