Find us on Facebook

Kutipan duit raya anak-anak dimasukkan ke akaun SSPN-i

Assalamualaikum. Rezeki anak-anak Fiza tahun ini beraya di Penang dan dapat banyak duit raya. Saudara mara memang ramai di sana. Hanya dua hari sahaja berada di kampung, duit raya memang banyak untuk anak-anak Fiza. 

Kutipan hari raya pertama dan kedua

Kutipan duit raya anak-anak tahun 2019 | Tidak sangka juga Fiza sebab boleh dikatakan raya pertama memang kami penat sangat. Banyak rumah saudara mara kami kunjungi. Cabaran memang besar bila beraya dan berkunjung di rumah orang. Thaqif tak habis-habis mencari kipas di setiap rumah saudara yang kami kunjungi.



Raya kedua kami pulun habis rumah saudara yang ada kerana kami terpaksa pulang ke rumah kerana suami perlu bekerja keesokkan harinya. Alhamdulillah, banyak saudara mara yang lama Fiza tidak bertemu pada tahun ini dipertemukan.



Macam biasa duit raya anak-anak, kami akan masukkan ke dalam akaun SSPN-i dorang. Semuanya demi masa depan mereka. Kita sebagai ibu bapa jangan pula nak menggunakan duit mereka sebab itu semua sedekah daripada saudara mara untuk anak-anak kita.

Tidak kisahlah menyimpan di mana-mana bank pun, sebab itu hak anak. Kalau niat hendak gunakan dulu jangan lupa untuk menggantikannya semula. 

Wassalam.



Post a Comment

1 Comments

  1. Cantiknya Sampul Raya ..klu Tak simpan boleh Tak nak sampul

    ReplyDelete