Find us on Facebook

Quad Serum Ardini Essentials membantu memperbaiki masalah kulit wajah

Assalamualaikum. Teruja dan eksited apabila dapat tahu bahawa Ardini Essentials telah mengeluarkan serum terbaharu. Sebagai pengguna setia produk Ardini Essentials, Fiza telah diberi peluang untuk mencuba produk terbaharu mereka iaitu Quad Serum.

Quad Serum merupakan produk serum pertama yang mengandungi 4 bahan dalam 1 serum dan hasilnya sangat hebat untuk Fiza kongsikan buat pembaca semua.

Ardini Essentials Quad Serum

Ardini Essentials Quad Serum membantu memperbaiki masalah kulit wajah | Ardini Essentials Quad Serum masih mengekalkan 2 bahan utama iaitu habatus sauda dan minyak zaitun, dan turut terkandung bersama di dalamnya adalah vitamin C dan whitegen. Diformulasi dengan 4 gabungan campuran khas menjadikannya ia 1 serum yang dapat membantu memperbaiki 4 jenis masalah kulit utama.



Senang cerita Quad Serum adalah satu serum yang mengandungi  habatus sauda, minyak zaitun, vitamin C dan whitegen. Satu serum sahaja boleh membantu kita menyelesaikan 4 masalah utama kulit sekaligus membantu kita mencapai kulit yang sihat dan bersih.



1 serum dengan 4 gabungan campuran khas

Fungsi Quad Serum
  • Mencerahkan Kulit 
Fungsi pertamanya adalah untuk mencerahkan kulit. Ia membantu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta menjadikan kulit nampak lebih cantik dan cerah.
  • Memperbaharui sel kulit
Bila sel kulit dirawat, sekaligus kulit kita mendapat sel kulit yang baru. Kulit akan sekaligus nampak sihat dan tidak kusam lagi.
  • Kulit kembali normal
Jika pengguna mempunya masalah kulit yang sangat berminyak atau kering. Quad Serum dengan formula khas akan membantu membawa kembali jenis kulit kita kepada normal. Siapa yang tidak mahu kulit sihat tanpa masalah.

  • Mengecilkan kulit liang muka
Quad serum juga membantu mengecilkan liang kulit muka yang terbuka dan dengan pembaharuan sel baru sekaligus akan menutup semula liang-liang muka terbuka yang ada. Ia akan menjadikan wajah muka kelihatan lebih licin dan sempurna semula.

Quad Serum produk terbaharu Ardini Essentials

Quad Serum 15ml

Cara penggunaan Quad Serum
  • Sangat mudah, Fiza gunakan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan juga malam sebelum tidur.
  • Pastikan wajah kita telah bersih sebelum sapuan serum.
  • Picitkan 2 kali serum atas jari dan sapu rata atas kulit muka.
  • Serum akan meresap ke kulit dengan serta merta. Kulit akan rasa sejuk, wangi dan selesa.
Cara penggunaan Quad Serum


Hanya picitkan 2 kali serum

Contoh sapuan atas belakang tangan

Nampak kulit serta merta lembab dan segar


Tekstur Quad Serum adalah seperti gel berasaskan air, jadi ia tidak melekit dan cepat meresap dalam kulit. Baunya juga sangat lembut berbau buah oren.

Vitamin C yang terdapat dalam Quad Serum adalah berbentuk pearl. Bila kita picit, pearl tersebut akan terus disapu atas muka. Dengan cara sebegitu, manfaat vitamin C terpelihara dan terus kekal dalam wajah tanpa teroksida.  


Mana hendak dapat satu serum dengan 4 kebaikan untuk kulit wajah kalau bukan Quad Serum. Kesannya sangat menakjubkan dan boleh dilihat seawal 2 minggu.  Setelah 2 minggu menggunakan Quad Serum, alhamdulillah kulit wajah Fiza kelihatan lebih lembut dan kedutan bawah mata juga berkurangan. 

Telah mendapat kelulusan KKM

Quad Serum juga telah mendapat kelulusan KKM dan juga lulus ujian logam berat, mikrob di mana ia selamat untuk digunakan. 

Serum ini juga masih baru dan kini hanya dijual di HQ Ardini Essentials sahaja. Jangan lupa yer dapatkan serum ini.  Untuk maklumat dan info lebih lanjut, korang boleh lawati website dan laman sosial Ardini Essentials di bawah.

Website : www.ardiniessentials.com
Facebook : Ardini Essentials HQ
Instagram : ardiniessentials

Post a Comment

2 Comments

  1. wow..mkin cantik la awak lps ni..:)

    ReplyDelete
  2. Serum Ardini memang bagus! Sis pakai sampai sekarang siang dan malam...sangat sukakannyaa..

    ReplyDelete