Find us on Facebook

Pengalaman menginap di The Regency Hotel Seri Warisan Taiping, hotel mesra muslim

Assalamualaikum. Lama Fiza tinggalkan diari ini semata-mata untuk memberi laluan kepada job review yang datang. Hari ini Fiza tangguhkan job review yang ada demi untuk menceritakan pengalaman kami bercuti bulan lepas yang masih tertangguh. 


Pengalaman menginap di The Regency Hotel Seri Warisan Taiping, hotel mesra muslim | Setelah selesai bercuti di Cameron Highland, kami bercadang untuk pergi membawa anak-anak ke Taiping. Pertama kali Fiza menjejakkan kaki di sini dan tempat menarik di Taiping adalah Zoo Taiping. 

Kami ke Taiping untuk 2 hari 1 malam dan menginap di The Regency Hotel Seri Warisan yang terletak di tengah-tengah bandar Taiping dan hotel berdekatan dengan Zoo Taiping. Seperti biasa tempahan dibuat di laman sesawang Agoda

The Regency Hotel Seri Warisan 

Kaunter Penyambut Tetamu 


Lobi Hotel 

Ruangan ke bilik-bilik 

Ruangan televisyen dan meja solekan 

Almari pakaian, meja kopi dan room service menu 


Bilik Katil Deluxe Single 

Bilik mandi dan toiletries 

Pemanas air dan paket minuman segera 

The Regency Hotel Seri Warisan adalah hotel yang sangat mesra muslim. Waktu kami berehat-rehat di dalam bilik boleh terdengar bacaan ayat al-quran di kaki lima bilik. Azan pun mereka akan pasang setiap jam menjadikan hotel terasa sangat tenang dan selesa. Kita yang beragama Islam memang suka sangat dengan hotel sebegini bukan. 

Penginapan kami juga disertakan dengan sarapan pagi. Sarapan pagi di sini agak ringkas tetapi menu nasi lemak tetap ada buat pengunjung yang penginap di sini. Orang luar juga boleh bersarapan di sini kerana pintu masuk cafe di luar bahagian hotel. 
Menu sarapan pagi 

Sarapan pagi kami 

Nasi lemak memang wajib untuk Fiza 

Thaqif jeling apa tu 

Selesai sarapan, kami terus check out kerana kami hendak teruskan lawatan ke Zoo Taiping yang hanya memakan masa selama 5 minit sahaja dari hotel tempat kami menginap. Tidak jauh dan hotel ini sangat strategik untuk mereka yang hendak berjalan-jalan di Bandar Taiping. 

Nak stay hotel berdekatan dengan Zoo Taiping? Boleh tempah melalui Agoda di sini --> The Regency Hotel Seri Warisan

Apa yang menarik di Zoo Taiping? Bagaimana reaksi Thaqif dan Huwainaa pertama kali melihat gajah? Fiza akan ceritakan dalam enrty seterusnya.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Suka tngok kawasan lobi tu. Bilik pun okeylaa nampak, kemas dan bersih. :)

    ReplyDelete
  2. Kite pun stay sini bila balik Taiping. Best sangat hotel ni. Lepas maghrib diorang pasang ayat al-quran. Tenang je rasa. Bilik fiza ni macam sama je bilik kitorang stay aritu😅 hehe

    ReplyDelete