Find us on Facebook

Cantiknya Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu

Assalamualaikum. Tak habis lagi cerita balik kampung sewaktu raya CNY lepas. Kami kalau balik kampung memang kurang melekat di rumah. Bila ada suami, waktu ini dia hendak bawa ma dan abah jalan-jalan. 


Cantiknya Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu | Balik daripada bercuti di Tok Aman Bali Resort, kami semua terus lajak masuk Negeri Terengganu, sempadan je pun, sebab itu boleh jalan sampai ke Terengganu.

Pantai yang kami singgah adalah Pantai Bukit Keluang yang terletak di Besut, Terengganu. Sewaktu kunjungan kami ke sini, memang terlalu ramai pengunjung sampaikan parking di kawasan utama penuh.


Memanglah ramai yang ke sini sebab pantainya yang cantik dan bersih. Di sini juga disediakan aktiviti rekreasi seperti perkhimatan banana boat. Kami singgah dengan berbaju kurung. Datang untuk makan angin sahaja sebabnya kami akan ke kenduri kahwin sepupu di Batu 9, Tanah Merah.


Dari Pantai Bukit Keluang kelihatan Pulau Rhu yang menjadi terkenal dengan kawasan untuk snorkeling dan airnya sangat cantik. Terasa rugi pula datang ke sini tapi tak dapat ke Pulau tersebut. Teringin la nak ke sana juga satu hari nanti.


Pulau Rhu, Pantai Bukit Keluang

Rindunya hendak bercuti di pulau. Sejak ada anak, aktiviti snorkeling sudah lama dilupakan. Tunggu anak-anak besar, memang hendak bawa mereka melihat dasar laut yang cantik. Fiza pun rindu sangat nak bersantai di pulau. Dapat pergi Pulau Pangkor pun jadilah kan. 

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. amboi..skan jalan2 yer..:)

    ReplyDelete
  2. Memang canyik.. semoga ada lagi rezeki nak ke Terengganu..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya!! Dah lama tak menjenguk tempat camtu.

    ReplyDelete