Assalamualaikum. Kunjungan kali kedua kami ke sini. Tidak tahulah kenapa keluarga mertua juga sangat berminat untuk menginap di sini untuk kali kedua. Maka cuti tahun baru cina baru-baru ini kami sepakat sekali lagi untuk berkumpul adik-beradik di sini.
Tok Aman Bali Beach Resort, pilihan destinasi percutian kami sekeluarga buat kali kedua | Entry untuk percutian kali ini Fiza kemaskini secara ringkas sahaja. Untuk bacaan review berkaitan Tok Aman Bali Beach Resort, korang boleh baca di Pengalaman Percutian di Tok Aman Bali Beach Resort.
Pengalaman sedikit berbeza jika hendak dibandingkan dengan kali pertama. Waktu kali pertama kami di sini bukan cuti sekolah, maka tidak ramai yang menginap di sini. Untuk kali kedua, boleh dikatakan kesemua bilik telah penuh ditempah dan tempat letak kereta juga penuh.
Bilik yang kami dapat juga tidak kemas seolah-olah mereka mengemas terlalu cepat dan masih ada kesan bilik baru sahaja ditinggalkan pengunjung. Apa boleh buat kan, mungkin house cleaner pun letih disebabkan pengunjung yang ramai dan keluar masuk.
Bilik kami bersebelahan dengan bilik mertua dan adik beradik lain. Mujur pihak pengurusan memahami setelah kami membuat permintaan. Fiza letakkan sedikit gambar-gambar dan suasana dalam bilik akan menginap di sini untuk 2 hari 1 malam. Untuk lebih lanjut lagi boleh baca di link yang Fiza sediakan di atas.
Huwainaa dan toy dia, nama Elizabeth
Deluxe Queen
Meja Tulis
Tab mandi
Toiletries
Pancuran air
Waktu makan tengah hari, tak perlu risau sebab mereka menyediakan khidmat penghataran makanan ke bilik. Fiza pun lapar sangat waktu itu, untuk makan dengan anak-anak kami pilih menu Fish and Chips.
Fish and Chips
Kafeteria
Kedai cenderamata
Ruangan Flyer dan Quotation
Bagi yang mempunyai keluarga besar dan kanak-kanak, Tok Aman Bali Beach Resort memang sesuai dan mesra keluarga. Bilik luas dan besar, segala kemudahan yang diinginkan memang lengkap.
Pakej kami ambil seperti biasa dengan sarapan pagi. Memandangkan ramai pengunjung pada hari tersebut, sarapan seperti tidak cukup dan kami pula turun lambat. Jadinya makan apa yang ada. Alhamdulillah, rezeki masih ada untuk kami.
Sarapan pagi |
Selepas sarapan pagi, Fiza bawa anak-anak berjalan dengan mertua sambil bergambar-gambar sementara menunggu waktu untuk check out. Port wajib bergambar di buai sarang burung bersebelahan taman mini burung.
Tak tinggal bantal busuk tu
Thaqif dan Huwaiaa bersama tok ma
Bukan pemilik Tok Aman Bali Beach Resort yer
Terasa cepat masa berlalu bila bercuti dan setiap saat bersama keluarga amatlah berharga. Fiza tinggalkan dulu update yang ini dan akan menyusul aktiviti mandi manda kami sekeluarga di kolam renang yang terdapat di sini. Sibuk sedikit hari ini dengan kerja pejabat.
Booking di Agoda --> Tok Aman Bali Beach Resort
Bersambung. Wassalam.
2 Comments
wow..kita pun xprnah sampai lagi tok aman bali ni..:)
ReplyDeletemenarik tempat ni :)
ReplyDelete