Find us on Facebook

Sakit mata boleh berjangkit

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Bulan Januari di tahun baru hampir sampai ke penghujungnya. Diharapkan korang semua diberi kesihatan yang baik selalu. 

Dua minggu lepas keluarga Fiza diberi dugaan sakit. Anak sulung Thaqif mendapat tonsil bernanah manakala si baby selsema. Cerita mengenai Thaqif terkena tonsil boleh di baca di sini. Selepas Thaqif sembuh si baby pula terkena sakit mata berjangkit daripada salah seorang anak di nursery yang sepatutnya anak tersebut di kuarantin di rumah.

Sakit mata memang berjangkit. Keadaan Huwainaa waktu sakit mata memang sangat meyedihkan. Dia merengek sahaja dan tidak mahu berseorangan. Memang kesian sangat-sangat.

Tidak sangka selepas 3 hari Huwainaa mendapat sakit mata, Fiza pun turut dijangkiti. Mula-mula sebelah mata kemudian dua belah mata. Sakit mata bukan sahaja pada mata malah kepala juga turut berdenyut-denyut.

MC 2 hari

Hari pertama dijangkiti, Fiza terus ke klinik dan mendapat 2 hari cuti sakit. Hari ketiga masih belum sembuh dan doktor memberi 5 lagi cuti sakit. Maka berkuarantin lah Fiza bersama anak-anak.

Sambung MC 5 hari
Hari kedua Fiza mendapat sakit mata, suami Fiza pun turut dijangkit dan mendapat cuti sakit selama 5 hari. Makanya kami sekeluarga terpaksa duduk di rumah. Dugaan betul rasanya tapi kami tempuhi dengan redha.

Sakit mata memang berjangkit bak kata doktor yang merawat kami. Air bisanya cepat merebak sekiranya kebersihan tidak dijaga terutamanya tangan. 

Alhamdulillah, selepas makan ubat dan merawat mata di rumah, kami semua sembuh seperti sediakala. Sakit mata hanya perlu duduk di rumah dan berehat. Jangan sesekali berhampiran dengan orang yang mendapat sakit mata kerana ia akan berjangkit.

Sekiranya korang atau ahli keluarga mendapat sakit mata, pastikan dikuarantinkan. Elakkan bertemu dengan orang lain dan sila prihatin kepada orang lain bagi mengelakkan ia berjangkit.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. sakit mata memang boleh berjangkit dan merebak.. sebab tu dikuarantinkan..
    Semoga fiza dan keluarga diberi kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. salam fiza, jgaa diri ye..
    moga semua cepat sembuh =)

    ReplyDelete