Assalamualaikum. Bila godek-godek gambar dalam telefon, banyak lagi yang aktiviti bulan Disember tahun lepas yang Fiza tak sempat nak update dalam blog.
|
Hiasan pelamin yang sangat mewah |
Cerita menghadiri kenduri kahwin kali ini Fiza hadir bersama mak dan abah. Kenduri ini adalah kenduri anak saudara abah dan ia telah berlangsung dengan meriah dan mewah pada 9 Disember 2018 di Dewan Banquet Majlis Daerah Jerantut, Pahang.
|
Dewan Banquet Majlis Daerah Jerantut |
|
Welcoming board |
|
Pasangan pengantin sama cantik sama padan
|
|
Pengantin lama pun nak bergambar |
|
Mama dan Huwainaa |
|
Abang Thaqif panas lagi ke dalam dewan beraircond nie |
|
Thaqif bersama Nenek dan Tok Abah |
|
Rindu abah |
Makanan dan minuman yang disediakan memang sedap. Majlis juga meriah dengan kedatangan tetamu yang tidak putus-putus. Selamat Pengantin baru buat kedua-dua mempelai. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.
Untuk pengetahuan pembaca, hampir sebulan berlalu. Bila tengok gambar abah boleh berdiri dan berjalan elok waktu ini terasa sedih dan sayu. Sekarang ini Abah dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa baik. Kakinya lemah akibat tekanan darah tinggi yang tiba-tiba menyerang pada 22 Disember 2018 lalu.
Sekarang abah tengah menjalani rawatan untuk menguatkan semula kakinya. Mohon kawan-kawan semua untuk doakan supaya kesihatan Abah Fiza kembali seperti sediakala. Amin.
Wassalam.
4 Comments
meriah.. semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat..
ReplyDeletetahniah buat mempelai.
ReplyDeleteMudah2an ayah Fiza cepat sembuhnya.
Suka la pelamin dorang tu, sangat cantik
ReplyDeleteSemoga tok abah krmbali sihat amin
ReplyDelete