Find us on Facebook

99 Wonderland Park menjanjikan pelbagai keseronokan buat pengunjung


Assalamualaikum. Keinginan suami untuk membawa anak-anak bersiar-siar di Taman Rekreasi 99 Worderland Park akhirnya termakbul juga. Sejujurnya Fiza tidak ambil tahu langsung mengenai apa yang ada di tasik 99 Wonderland Park ini sehinggalah suami sendiri membawa kami ke sini. 

Pintu Gerbang dan pintu masuk utama

99 Wonderland Park menjanjikan pelbagai keseronokan buat pengunjung | Kami tiba di sini sekitar jam 4.30 petang kerana rancangan kami untuk berada di sini sehingga waktu malam. Ini kerana 99 Wonderland Park akan dilimpahi dengan cahaya lampu pada waktu malam. 


Sebelum masuk, pengunjung perlu ke kaunter tiket. Pengunjung perlu membayar harga tiket untuk masuk 99 Wonderland Park. Bagi pengunjung dengan MyKad/Mykid, RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas . Kami masuk dengan bayaran RM25. 

Kaunter Tiket

Tag tanda pengembaraan bermula

Kami akan menaikinya malam nanti

99 Buggy Ride

Sebelum mula berjalan, kami disarankan oleh pekerja di sini untuk mengambil Buggy  Car kerana dengan cuaca panas dan bersama anak kecil, dikuatiri kami tidak mampu untuk pusing satu tasik. Suami bersetuju demi anak. Bayaran untuk buggy car adalah RM40 beserta pemandu. Pemandu tersebut akan membawa kami dan berhenti di mana sahaja destinasi yang kami kehendakkan. 

Aktiviti utama di sini selain bersiar-siar melihat haiwan, pengunjung boleh memberi  sendiri makan kepada haiwan yang terdapat di sini. Makanan pula boleh dibeli di kiosk  jualan yang disediakan. Bukan bawa makanan dari rumah yer. 

Menarik sangat aktiviti yang disediakan sebab ia bakal memberi pengalaman baru buat Thaqif dan kanak-kanak lain yang datang ke sini. 

Destinasi pertama kami adalah memberi makan kepada itik. Pemandu buggy car meniup wisel dan secara langsung itik terus datang kepada kami. Maka mudah untuk memberi itik makan.

Itik pun mula berkumpul bila Thaqif memberi makanan


Selepas memberi makan itik, kami singgah ke Bird Island. Di sini terdapat pelbagai jenis burung dan haiwan kecil seperti ayam, peacock, iguana, raccoon, specis monyet kecil dan pelbagai lagi. Kalau nak tahu korang datang ke sini.

Laluan untuk ke Bird Island

Pelbagai haiwan comel di sini

Raccoon paling comel kot
Seperti monyet kecil

Ruangan berkaca ada bilik penetasan dan rumah ular

Pelbagai spesis burang untuk dilihat

Arnab haiwan yang anak paling suka

Perjalanan kami menaiki buggy car diteruskan dengan melalui laluan 12 Zodiac Zone. Di sini terdapat patung haiwan yang terdapat dalam senarai zodiak. 

Salah satu zodiak Harimau

Seterusnya kami dibawa ke kawasan Duck Lagoon. Di sini juga terdapat kandang yang menempatkan Deer Farm, Ostrich Farm dan Bird Square. Kesemuanya kita boleh beri makan. Seronok kerana haiwan di sini semuanya jinak. Paling tidak Fiza sangka, Thaqif memang betul-betul berani untuk memberi burung unta dan haiwan lain makan.

Thaqif beri makan burung unta

Kami bagi makan rusa

Di Bird Square pula, kami beri makan kuaci pada burung. Burung-burung di sini memang sangat jinak dan menghiburkan. Ada satu burung Kakak Tua bernama King, dia paling bising bila tiada pengunjung yang memberinya tumpuan dan makanan. Menurut pekerja di sini, dia dikatakan paling otai sebab itu namanya King.

Burung Kakak Tua warna biru, nama dia King, otai kat sini

Comel burung kakak tua, macam-macam warna ada

Kemudian, kami singgah di mini Fun Fair untuk main Toss The Ring. Nasib tidaklah berapa baik sebab hanya dapat plush Toy Dinasour sahaja. Tapi malangnya toy tersebut tercicir selepas kami makan malam. Cari punya cari memang tidak jumpa lagi.

Kiosk cenderahati dan Madagascar Carousel

Nampak penat si kecik nie.
Sempat juga bergambar dengan plush toy Dinasour sebelum tercicir dan hilang.


Separuh pusingan tasik barulah akan berjumpa dengan Food Court yang menjual pelbagai makanan. Sebelum maghrib kami makan malam di sini dahulu.


Thaqif macam biasa ternampak ais krim

Tak ingat pula namanya tapi ada Turkey Loaf 

Di sini juga pengunjung boleh menyempurnakan solat kerana surau turut disediakan. Selepas maghrib kami bergerak lagi menggunakan khidmat buggy car untuk melalui Magical Bridge. Jambatan sepanjang 158 meter ini menempatkan banyak gantungan love lock. 

Magical Bridge

Love Lock digantung di pagar 

Sesi bersiar-siar kami hampir sampai ke penghujungnya. Malam pun makin menampakkan diri. Kami singgah bergambar di T-Rex Ring. Tempat wajib dikunjungi apabila ke 99 Wonderland Park. 

T-Rex Ring


Berakhir di Sky Fountain

Papan tanda arah

Peta dan panduan untuk bersiar-siar

Habis pusingan dengan buggy car. Kami menunggu untuk menaiki 99 Train Ride pula. Tambang untuk menaiki train RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Keretapi ini akan mengelilingi keseruruhan tasik tapi tanpa berhenti. Maka anak-anak boleh melihat cahaya lampu yang ada di sepanjang tasik.

Tadi kami sudah ronda dan lihat suasana pada waktu siang. Dengan menaiki train malam, kami akan dapat melihat suasana pada waktu malam pula.

99 Train Ride

Menunggu untuk train bergerak jam 8 malam

Selepas menaiki keretapi, kami menunggu pertunjukkan bunga api (Firework Show) diadakan pada setiap hari Sabtu malam. Untuk lebih seronok, kami menaiki 99 Cruise Ride. Tambang untuk menaiki cruise RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak.

Menunggu cruise bergerak

Tak sabar Thaqif hendak melihat bunga api

Golden Waterfall indah waktu malam

Tepat jam 9 malam, pertunjukan api pun bermula dengan 30 das

Panjang betul rasanya catatan perjalanan yang Fiza tuliskan kali ini. Kalau ikutkan hati banyak lagi yang Fiza hendak ceritakan sebab kalau korang nak tahu lagi, datanglah ke sini. Memang korang akan rasa puas hati dan berbaloi sangat ke sini.

Jumlah semua perbelanjaan kami di sini mencecah RM 115 termasuk sewaan buggy car tetapi  tidak termasuk makan. Kosnya tidaklah besar jika hendak dibandingkan dengan pengalaman dan keseronokan yang kami sekeluarga dapat. 


Datanglah ke sini, 99 Wonderland Park yang terletak di Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara, Selayang Kuala Lumpur. Dibuka dari Hari Rabu hingga Ahad jam 9 pagi hingga 10 malam. Turut dibuka pada hari Peak Season, Cuti Umum dan cuti Sekolah. 



Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. Wow.. menariknya.. akan dibubuh dalam to go list.. tq share Hafiza..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tahu pun yang tempat ni wujud. Baru buka ke tempat ni?

    ReplyDelete
  3. Macam-macam ada ea dalam 99 Wonderland Park ni. Cantik waktu malam dia.

    ReplyDelete
  4. Menarik tempat ni. Saya baru tau dan teringin juga nk pergi nanti.. nampak mmg berbaloi santai dgn family kat sini.. Thanks sharing :)

    ReplyDelete