Assalamualaikum.
Sebut sahaja jenama atau produk Dettol, memang telah terlintas di fikiran bahawa produk tersebut memang terkenal dengan jenama pembasmi kuman. Baru-baru ini, Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri. Kenapa Dettol perlu melancarkan semula produk rangkaian mereka?
Tertanya-tanya juga Fiza pada mulanya. Jawapannya ada dan korang perlu teruskan membaca.
Sebagai seorang ibu, sudah pasti Fiza sangat gembira apabila melihat anak-anak membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur, bertambah risau apabila anak-anak mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.
Keluhan para ibu seperti Fiza telah didengari, maka dengan itu Dettol sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia** kini melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya.
Rangkaian pembersihan diri Dettol yang menyegarkan;
Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh
Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri
Diperkenalkan semula untuk melindungi 1.97 juta isi rumah Malaysia daripada 100 kuman berbahaya*
Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri
Diperkenalkan semula untuk melindungi 1.97 juta isi rumah Malaysia daripada 100 kuman berbahaya*
Dettol telah memperkenalkan dua jenis produk perlindungan iaitu ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.
Dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Dettol Cool dan Dettol Re-energize adalah produk terbaru Dettol yang memberi perlindungan daripada bau badan.
Dettol Re-energize dengan kesegaran oren |
Menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan. Dettol Fresh dan Dettol Lasting Fresh pula adalah produk Dettol yang memberi perlindungan terhadap kulit.
Dettol Lasting Fresh dengan kesegaran timun |
Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu. Jenama yang sentiasa komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini.
“Kita mandi
untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat
keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada
gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi
keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan:
‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang
terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang
panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak
kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan
kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat
pada kulit. Produk pembersihan diri
Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman
bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk
mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam,
manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan
ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara
dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,”
Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.
Dr. Steven Chow - Senior Consultant Dermatologist |
Dr. Steven
Chow, Pakar Perunding Dermatologi pula menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini
lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan
kesihatan kulit keluarga.
"Para ibu berasa gembira apabila melihat
anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di
luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman
yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan!
Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah
dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi
untuk seluruh keluarga. Oleh sebab
kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji
secara dermatologi amatlah penting" Dr. Steven.
Dr. Steven
menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh
menyebabkan bau badan.
“Peluh
sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia
dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau.
Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan
produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja
memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga
meningkatkan kesihatan secara keseluruhan”
*34.1% (1.97 juta)
isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk
Pembersihan Diri Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan
lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia
**Berdasarkan berdasarkan
maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market
Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut
takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua
pasaran barangan runcit
Tentang Dettol
Rangkaian pembersihan diri Dettol yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh |
Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai.
Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga.
Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria.
Jangan lupa dapatkan rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.
Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.
Semoga Dettol dapat mengekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi kita semua daripada kuman ketika menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat!
Wassalam.
5 Comments
pilihan saya semestinya dettol cool. best je guna. tambah lagi mandi dengan air paip sejuk. lagi lah terasa sejuknya bila lepas guna dettol cool ni ^_^
ReplyDeleteBau Dettol ni sangatlah fresh.
ReplyDeletedah lama pakai dettol.. memang the best ^^
ReplyDeletehttp://www.syahirahvaliant.com/
Murni suka sangat bau botol warna biru..dah nak habis sebotol dah
ReplyDeleteSuka yang kuning tu.. Haruman dia menyegarkan..
ReplyDelete