Find us on Facebook

Makan malam di Sushi King Aeon Rawang

Assalamualaikum. Lama rasanya tidak makan makanan Jepun. Fiza ada nyatakan hasrat hendak makan di Sushi King. Tak sangka pula suami bersetuju dan bawa Fiza serta anak-anak makan makanan Jepun pula. Thaqif pernah ke sini juga sewaktu kecil tapi ini adalah pengalaman pertama Huwainaa Khayra.

Sushi cicah Shoyu (kicap manis)

Huwainaa mama order puding

Menu wajib kalau Fiza makan di sushi king adalah Takoyaki. Tak tahulah kenapa takoyaki kat sini sedap. Kalau beli di luar pun tak kan sama. Takoyaki ini kalau baru sampai atas meja jangan makan terus. Alamatnya melecur lidah jawabnya. Memang panas kat dalam walaupun luaran dia tidak berasap.

Buku Menu, lama tak datang isi kandungan pun dah berubah

Spicy Sukiyaki Temaki

Takoyaki

Mixed Bento

Ten Don

Cottage Cheese Pudding

Ice Blackcurrant Lemon dan Manggo Green Tea 

Kemain asyik Thaqif

Dedi pun tak pusing kiri kanan bila makan

Kalau makan di sini memang teringat kenangan kerja part time di Sushi King Mid Valley Megamall waktu belajar kat Universiti Malaya. Waktu itu hanya fokus untuk habiskan tesis dan ada waktu lapang. Buat part time di Sushi King. Menu memang dah hafal sangat masa kerja dulu. Tapi sekarang bila nak order memang kene tengok menu baru order. Lupa dah sebab sudah lama. Rasa tetap sama dan sedap.

Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. sdapnya fiza tp cik nor xpernah mkn kat sushi king.hihi

    ReplyDelete
  2. sedapnya! lama tak masuk sushiking

    ReplyDelete
  3. tk pernh pegi sushi king...mesti sedp..yummy2

    ReplyDelete
  4. wife ejulz suka sushi ni.. ejulz suka yg tuna je. hehe

    ReplyDelete
  5. aida br sekali makan2 di sushi king.
    dgn kawan2.
    last weekend nak la ajak mr.asben dgn anak2 makan sini.
    tapi tu la, tak jadik.
    tak pandai la, fiza.
    nak order yg mana, tak arif.
    masa gi dgn kawan, dia yg syorkan itu ini. aida ngap jer.

    ReplyDelete