Assalamualaikum. Masa untuk throwback cerita bercuti di kampung mertua selama 4 hari sempena cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 2018 dan Awal Muharam. Hari kedua berada di kampung kami berjalan ke Tumpat dengan misi jalan-jalan cari makan.
Destinasi pertama kami menuju ke Pantai Sri Tujuh. Di situ ada banyak gerai seperti pasar malam yang menjual makanan untuk pengunjung yang berkelah di pantai. Kami tertarik dengan salah seorang pakcik yang menjual ais krim menggunakan motosikal.
Pok Ju Ais Krim dan pulut
Inilah Pok Ju
Isi tembikai dikorek separuh dan diletakkan ais krim serta pulut
Isi tembikai diletakkan dalam cawan plastik dengan coklat dan diserahkan kepada pelanggan
Harga pula tidak mahal hanya RM 5 sahaja. Rasa ais krim memang sedaplah bila makan waktu tengah hari tepi pantai pula. Selain Ais krim tembikai, Pok Ju juga menjual ais krim kelapa dan ais krim tembikai susu.
Tak sabar nak bawa ke tepi pantai
Nantikan entry seterusnya cerita mengenai persinggah sebentar kami di Pantai Sri Tujuh. Pantai yang sangat cantik tapi sayangnya....
Wassalam.
3 Comments
sdap tu fiza..:)
ReplyDeleterare.. tak pernah makan eskrim dengan pulut. eheh..
ReplyDeletewahhhh.. sedap :)
ReplyDelete