Assalamualaikum. Hari Raya Korban pada tahun ini Fiza sambut di Bentong, rumah mak abah. Nak dijadikan cerita, Fiza dan suami ambil tidak ambil cuti sebelum raya. Maka kami bertolak pada malam hari raya.
Masuk sahaja laluan Batu Caves menuju tol Gombak, kereta makin padat dan bermula trafik yang sangat perlahan. Perjalanan kami sepatutnya hanya 45 minit menjadi 4 jam. Mujur malam dan anak-anak tidur. Bertolak dari Rawang pukul 9 malam, sampai Bentong hampir 1 pagi.
Beria nakkan Huwainaa pandang ke kamera
Salam Aidil Adha, famili kecil kami
With my lovely mom.
Bersama adik perempuan ketiga, yang kedua ada di Kelantan
Famili Avangers
Adik bongsu and my mom.
Beraya mesti la bergambar. Kami tidak buat korban tahun ini. In Syaa Allah tahun depan beraya di Kelantan selalunya kami akan mengambil bahagian. Abah mana yer.. macam biasa dia susah sikit nak bergambar.
Juadah yang mak Fiza sediakan setiap kali raya adalah Soto Ayam Nasi Impit. Soto mak memang terbaik. Selain itu ada juga Nasi Impit kuah kacang, dan juga rendang daging hitam. Teringat pun rasa nak makan lagi.
Macam mana suasana raya Haji korang di kampung. Kongsilah di komen. Wassalam.
3 Comments
bestnya ada gambar raya.. haritu boleh pulak ekin lupa nak amik gambar time raya,, seronok sangat tengok korban.. ekekeke
ReplyDeletemeriah - kami sambut di KL ajer -
ReplyDeletewahhhh soto ayam nasi impit. sedap tu. salam aidil adha
ReplyDelete