Assalamualaikum. Sepanjang raya tak akan habis dengan acara makan-makan. Open house sana sini, kunjung mengunjung ke rumah kawan-kawan sampai habis raya. Di pejabat juga wajib adakan sambutan Hari Raya. Dengan sambutan yang sederhana, alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Pada 29 Jun 2018, GSC telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya 2018 dengan menjemput semua kakitangan yang berada di cawangan Kuala Lumpur dan Kota Kemuning. Majlis disambut di Ibu Pejabat Sg. Buloh dengan suasana yang sederhana tetapi meriah.
Menu utama Nasi Beriani
Kari Daging
Ayam masak merah
Acar timun
Hidangan Nasi Beriani
Hidangan wajib Sate Ayam dan Daging, lemang, rendang dan nasi impit.
Kuih Muih, buah tembikai dan minuman
Acara dimulakan dengan ucapan ringkas Pengurus Besar dan turut memeriahkan suasana majlis dengan kehadiran salah seorang Pengarah Syarikat.
Hidangan yang siap untuk Fiza makan
Selesai makan. acara diteruskan dengan menyambut Hari Jadi bagi kakitangan yang lahir dalam bulan Jun. Turut diadakan cabutan bertuah dan Fiza hanya mendapat hadiah saguhati.
Kek untuk bulan Jun
Brownies pemberian daripada Pengarah Syarikat
Sedap dan lembut
Hadiah Cabutan bertuah
Selesai makan, maka bermulalah sesi bergambar tak ingat dunia. Pantang nampak kamera mesti Fiza akan menyelit.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Semua kakitangan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan majlis ini. Sambutan Hari Raya memang menjadi acara wajib di syarikat kami setelah semua kakitangan kembali bekerja. Harap tahun dapat berkumpul lagi dan lebih meriah hendaknya.
Wassalam.
3 Comments
wahhhhh.. terbaek :)
ReplyDeletebestnya majlis hari raya
ReplyDeleteWahh, bukan main meriah lagi menunya! Terliur tengok.
ReplyDelete