Assalamualaikum. Siapa kat sini yang suka makan nasi kerabu. Fiza kalau pagi-pagi dapat breakfast nasi kerabu yang betul-betul menepati selera, memang lengkap rasanya waktu pagi. Dua hari ini, terjumpa satu gerai menjual makanan Selero Kelate. Maka ini adalah kunjungan kali kedua untuk membeli dengan makcik tu.
Nasi kerabu warna kuning
Budu tumis dan cili pelengkap rasa
Keropok ikan wajib ada
Gaulkan kesemuanya dan masuk mulut.
Nasi kerabu tidak kisah warna putih, biru atau kuning. Kalau semua bahan ada termasuk ulam, budu tumis yang sedap, dan sedikit pedas, lengkap nasi tersebut. Cuma solok lada je tiada tetapi tak kisahlah kerana berpadanan dengan harga RM 5.00.
Fiza selalunya memilih untuk makan nasi kerabu dengan daging bakar atau ayam bakar. Jumpa sudah nasi kerabu yang menepati selera. Janganlah makcik itu melarikan diri. Takut kempunan. Menantu orang Kelantan kan. Hihi.
Wassalam.
3 Comments
cukup lengkap sekali solok...peh...biru ke kuning ke..nasi towenessday memang terbaik
ReplyDeleteAduhai,...nampak menyelerakan sangat nasi kerabu tuh :)
ReplyDeleteana kalau makan nasi kerabu pun wajib amik daging bakar dan solok lada. dekat selayang ni ada 2 je nasi kerabu yg sedap. kalau bulan puasa, beratur panjang nak dptkan nasi kerabu tu.
ReplyDelete