Find us on Facebook

Tempat menarik untuk dilawati sempena cuti sekolah sekitar Selangor

Assalamualaikum. Sempena cuti sekolah, pasti ibu bapa tercari-cari tempat menarik, dengan bajet yang kecil untuk membawa famili berjalan-jalan. Ada beberapa senarai tempat dan destinasi yang Fiza rasa sesuai untuk membawa seisi keluarga bercuti.

Taman Burung dan Taman Rama-rama Kuala Lumpur

Image Source

Bila datang Kuala Lumpur mesti terfikir ia adalah tempat untuk membeli belah. Tapi sebenarnya Taman Burung dan Taman Rama-rama adalah tempat yang sangat popular bagi pelancong dari luar negara. Burung di sini bebas berterbangan tanpa sangkar kecuali burung helang dan burung hantu kerana ia specis yang agak agresif.
Taman rama-rama pula menempatkan lebih 5000 ekor rama-rama. Terdapat juga haiwan lain seperti serangga eksotik dan Japenese Koi Fish untuk tarikan pengunjung.

Taman Botani Negara, Shah Alam

Image Source

Taman Botani Negara Shah Alam (dahulunya dikenali Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam) dengan keluasan 817 hektar. Terdiri daripada 11 taman menarik yang boleh dikunjungi seperti Rumah Iklim Empat Musim, Taman 1Malaysia, Taman Herba dan banyak lagi menanti kunjungan pengujung. (sumber FB)
Taman Cabaran, Putrajaya

Image Source

Taman direka dengan baik telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2009 dan mempunyai tiga tarikan utama:
- Indoor Rock Wall Climbing Complex (Kids rock Climbing juga disediakan)
- Skate Park and Thrill Park
- Mountain Bike Trails

Pantai Morib, Banting, Selangor

Image Source

Destinasi percutian popular buat warga Kuala Lumpur dan Selangor.  Resort popular di sini adalah Gold Coast Morib International Resort. Laut Morib adakalanya sesuai untuk mandi dan kadang kala tidak. 

Janda Baik, Bentong, Pahang

Image Source

Bagi ibu bapa yang berkehendakkan ketenangan dan jauh dari keriuhan kota, Janda Baik adalah tempat yang terbaik kerana terdapat hampir 12 resort percutian serta homestay yang ditawarkan di Janda Baik. Aktiviti yang pengunjung boleh lakukan adalah seperti berkelah, mandi sungai, berbasikal, menaiki ATV, bermain paintball serta berkhemah. Janda Baik adalah lokasi yang sesuai untuk mengadakan aktiviti team building.

Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

Image Source

FRIM menyediakan peluang kepada pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang hutan dan pada masa yang sama untuk berehat dan menyegarkan diri dengan persekitaran yang tidak tercemar. Dengan banyak rekreasi luar dan pendidikan awam di atas tanah, FRIM telah menjadi tempat yang popular untuk berkelah, berjoging, penunggang basikal, pelancong dan kumpulan kajian alam semula jadi. Sebaliknya, ia dipilih sebagai acara hari keluarga, acara mencari harta karun, perkhemahan, aktiviti melihat burung, merentas hutan, majlis perkahwinan dan fotografi alam semula jadi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-6279 7575 (FRIM One Stop Centre).

Hutan Lipur Kemensah, Hulu Klang

Image Source

Air terjun yang yang paling berhampiran dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Terletak berhampiran dengan Zoo Negara. Sesuai untuk aktiviti bersama keluarga kerana di sini disediakan pondok serta chalet untuk penginapan.

Bukit Malawati, Kuala Selangor

Image Source

Bukit Malawati merupakan tempat tinggalan sejarah dan ia merupakan pusat pentadbiran dan kubu kuat Kesultanan Selangor pada abad ke-19 ke-18. Banyak kubu dibina di puncak bukit pada waktu tersebut. Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim 1782-1826 untuk melawan Belanda.

Kalau hendak tahu lebih lanjut, korang boleh baca sejarah Bukit Malawati di sini.
8 tempat yang Fiza senaraikan ini  antara tempat menarik untuk bawa anak-anak menghabiskan cuti sekolah sambil ibu bapa juga boleh mengambil peluang untuk tenangkan fikiran setelah penat bekerja. Kalau ikutkan banyak lagi tempat yang menarik. Sekadar perkongsian idea.
Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. taman cabaran tu cam best. dah lama tak buat akiviti lasak huhu.

    ReplyDelete
  2. mood becuti da ni..huhuhuhu, best je dpt bcuti tmpat2 mcm ni

    ReplyDelete
  3. bg sjuga ada list ke mna nak bawa family masa cuti kan, masa tluang di manfaatkn spenuh nya bsama kluarga tsyg =D ju xtau pula ada taman botani di kl. Insyallah bulan depan btandang ke sna, tp xtau lagi sempat ke myinggah ke taman botani. nmpk cntik tu =D

    ReplyDelete