Assalamualaikum dan salam Jumaat. Fiza nak kongsikan resepi bagaimana membuat sos meatball ala ikea. Memandangkan masa hendak buat resepi ini, meatball tiada, maka Fiza guna ayam goreng sahaja.
Bahan-bahan:
- Ayam goreng / Meatball
- 1 biji bawang holland (didadu)
- 2sb Tepung gandum
- 2sb Marjerin/butter(saya pakai margerin)
- 2sb Lada hitam
- 3 cawan Susu full cream dutchlady (jenama tidak kisah asalkan susu segar)
- Air
- Sos tiram
- Kicap
Cara-cara:
- Tumis bawang dengan marjerin sampai keemasan.
- Masukkan tepung gandum masak sampai pekat dan kacau bagi elakkan ia berketul.
- Tuang susu dan sedikit air, gaul sampai sekata.
- Masukkan lada hitam.
- Masukkan sos tiram dan kicap.
- Kacau dan angkat. Sedia untuk dihidang.
Bahan utama
Tumis bawang dan marjerin
Masukkan tepung
Tuang susu dan sedikit air
Masukkan sos tiram dan sedikit kicap
Buat pertama kali buat agak pekat sedikit kerana terlebih tepung. Tapi rasanya memang sedap.
Selamat mencuba.
2 Comments
Sally pernah buat tapi lain sikit la resepi dia :)
ReplyDeletesedapnyaaaaaaaaaaa nk jg ;-)
ReplyDelete