Assalamualaikum.. Khas untuk mommies yang bagi anak pakai lampin pakai buang Drypers. Setahun lepas Fiza ada keluarkan entry pasal cara untuk mengumpul drypers point. Baca sini. Lampin pakai buang drypers ada point tersembunyi dalam plastik lampin tu. Memang tak kan rugi sebab drypers point yang terkumpul kita boleh redeem barang kat Drypers point shop.
Setahun Fiza kumpul mata akhirnya mencecah 4710. Akhirnya Fiza ambil keputusan untuk redeem barang.
Connecting Game
Connecting Game adalah satu mainan untuk membangunkan ingatan dan kemahiran kognitif semasa mempelajari bentuk, warna , objek dan konsep-konsep asas mengenai tanda-tanda, produk isi rumah, haiwan dan banyak lagi. Menggunakan bateri AA.
Alat bantuan bermain sambil mengira
Surat penebusan
Kad pembelajaran
Connecting Game
Mainan nie khas untuk 2 tahun ke atas. Sesuai kot dengan Thaqif yang umur setahun tu. Thaqif pun sekarang berminat dengan ABC je. Lepas nie nak ajar dia supaya berminat dengan nombor pulak. Kumpul lagi mata untuk hadiah yang lebih menarik. Wassalam.
Website : Drypers
3 Comments
aku simpan je... tak pernah pun nak redeem..
ReplyDeletewahh bestnya.. boleh main anak fiza tu
ReplyDeleteBest tak game ni Fiza?
ReplyDelete