Assalamualaikum.. entry makan-makan kali nie adalah di Restoran SukhoThai Malay & Thai Cuisine, Bukit Beruntung. Kami pergi untuk meraikan anak bos yang berjaya menempatkan diri di Universiti Malaya. Alhamdulillah rezeki, kami sekeluarga tumpang sekaki juga.
Restoran SukhoThai
Menu masakan melayu dan sajian asli thai
untuk famili besar, diorang memang sediakan makanan dalam bentuk set..
senang nak pilih
yang berapi tu namanya Homok Talay.. tak sempat nak ambil gambar isi dalam.
Bahan utama Homok Talay ialah krim kelapa pekat (thick coconut cream)
dicampur dengan isi udang dan sotong.
Seronok sangat makan beramai-ramai
3 sekeluarga
ape lagi.. jom makan.
kredit to my boss, ambil gambar kami sekeluarga
Susah bebenor Thaqif nak bergambar
Rasa makanan kat sini Fiza boleh bagi 10/10 bintang sebab memang betul2 sedap dan pedas. Tom yam dan ikan siakap stim limau memang terbaik. Cuma servis agak lambat sebab terlalu ramai pelanggan mungkin berkebetulan malam minggu.
Setakat nie jer.. gambar makanan tak de.. Fiza pun segan nak bergambar banyak2.. ambil gambar sekadar untuk pengisian blog nie jer.. hehe..
Terima kasih yang teramat-amat buat bos Fiza sebab sudi jemput kami join makan-makan. Memang amat bermakna buat kami sekeluarga.
Wassalam.
10 Comments
dapat makan free, bestnyer, alhamdulillah, rezeki.. hehe
ReplyDeletebestnya bos belanja makan..:)
ReplyDeletetak rugi kalau melabur kat sini mahal pun kalau makanan sedap2 belaka
ReplyDeleteMakan beramai2 memang la seronok.. Kene pulak tempat yg ala2 exsklusif macam tu hahaha :P
ReplyDeletekak fiza suka makan pedas2 ye.. fae tak suka huhu
ReplyDeleteterliur tengok nyeee ;D
ReplyDeleteNak tomyam pedas tu! :D
ReplyDeletewahh, boleh try ni. hehe
ReplyDeletemakanan memang fav nina. ehhhe
ReplyDeletetempoh hari jumpa kawan lama,sembang 2 lepas tu pi pekena sarapan kat restoran sukothai ,kawan aku cakap best nya,dan selesa....relax.boss nya pun ok gak...
ReplyDelete