Find us on Facebook

Pengalaman gunakan set bersalin TANAMERA selepas bersalin (Postnatal Care Set)

Assalamualaikum. Berdebar-debar menghitung hari yang tinggal 29 hari lagi. Senang kata bila-bila masa sahaja boleh bersalin. 

Persiapan barang-barang untuk Fiza dan bakal baby semuanya telah selesai dan lengkap termasuklah set untuk menjalani proses berpantang nanti. Untuk anak pertama, Fiza memilih untuk menggunakan set bersalin Tanamera. 

Suami pun telah walk in sendiri ke butiknya yang terletak di Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang. Harga untuk ke semua set adalah RM 300. 

Set bersalin TANAMERA
Pengalaman gunakan set bersalin TANAMERA selepas bersalin (Postnatal Care Set) | Set bersalin Tanamera lengkap mengikut budaya melayu ketika berpantang. Unsur-unsur setiap produk adalah 100% dirumuskan daripada ramuan berasaskan tumbuhan. Jadi ia memang selamat untuk ibu-ibu berpantang. 

Jom unboxing dan lihat apa yang terkandung dalam set ini

Dalam Set bersalin TANAMERA terkandung 
  • Mandian herba (herbal bath)
  • Minyak urut herba (herbal massage oil)
  • Teh Herba (herbal tea)
  • Minyak kelapa dara (cold press virgin coconut oil)
  • Feminine Herbal wash
  • Sabun badan Brown formulation
  • Skrub badan boreh (Boreh Body Scrub)
  • Pilis (Calming herbal blend paste)
  • Firming herbal blend paste
  • Bengkung
Lengkap dengan 10 barang kesemuanya
Banyaknya dan ada urutan tertentu untuk menggunakannya
Herbal Massage Oil dan VCO
Pilis, teh herba dan sabun 
Bengkung tradisional dengan kaedah lilit dan ikat
Feminine Wash dan mandian herba
Skrub badan boreh  dan Firming Herbal Blend Paste

Kesemuanya ada fungsi tertentu dan ibu-ibu jangan pening sebab dalam set itu disediakan cara-cara untuk menggunakannya. Bila masa hendak pakai, bagaimana hendak pakai. Semuanya lengkap. Yang perlu sekarang adalah kerajinan kita sendiri.

Kalau hendak kembali cantik mestilah berdisplin untuk menggunakannya bukan. Untuk maklumat lebih lanjut lagi  bolehlah layari website TANAMERA .

Wassalam. 

Post a Comment

14 Comments

  1. Ramai yg review kata set Tanamera nie bagus fiza.. wah tak lama lagi dah nak dpt baby.. bestnya..=D

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan segalanya..
    amin..

    bestnye nt dpt pegang baby..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. wahh bestnya. sheila suka bau vco tu. sedap je badan berbau kelapa. hehehehe

    ReplyDelete
  4. berapa harganya Fiza?tengah cari set bersalin untuk kakak ipar..tengah tunggu hari gak ni..

    ReplyDelete
  5. semoga semuanya dipermudahkan kak fiza..saya doakan yg terbaik untuk akak n keluarga..

    ReplyDelete
  6. wahh tak lama dah ni. semoga dipermudahkan segalanya akak :)

    ReplyDelete
  7. Mesti tak sabar nak berjumpa si kecil kan. Semoga semuanya dipermudahkan ye.

    ReplyDelete
  8. Lama x berbaloi,,da preggy rupanya Fiza,alhamdulillah.. Tahniah semoga dipermudahkan urusan melahirkan dgn slmt.amin

    ReplyDelete
  9. @SalbiahM Kebetulan pergi HQ dia kat Kg. Melayu Subang.. dpt harga RM 300...

    ReplyDelete
  10. @Atien Zuraidahtime kasih kak atien.. amin2.. harap dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete