Assalamualaikum... 27 Mac 2014, hari kedua menjanjikan pengalaman yang paling best yang kami akan bawa pulang nanti sebagai kenangan bersama... Sarapan pagi bermula jam 8 pagi.. Keluar je chalet terkejut dengan air surut, berbeza dengan pemandangan semalam... tetapi tetap cantik sebab kawasan surut dipenuhi dengan batu karang.
Air laut surut waktu pagi
Aktiviti untuk keluar daripada Kg. Tekek bermula pada 9.30 pagi selepas proses air surut selesai. Sepatutnya kami bermula jam 9.00 pagi.. air pasang surut nie memainkan peranan yang sangat penting untuk bot dan feri berlabuh.
peralatan snorkeling nanti.
jalan2 sepanjang pantai sementara menunggu pemandu pelancong
pemandangan pada waktu pagi
bergambar sebelum bertolak ke Kg. Tekek
Kg. Tekek - Pusat bandar / pekan
Destinasi pertama, Kg. Tekek.. Tekek adalah pekan/ bandar untuk Pulau Tioman, segala kemudahan disediakan di pekan Tekek.. Pulau Tioman juga merupakan pulau bebas cukai.. Fiza mengambil kesempatan ini untuk shopping coklat. cenderamata dan yang Fiza akan beli sangat T-shirt pulau Tioman sebagai kenangan.. Masa yang diberikan pada kami hanya 1 jam untuk jalan2 kat situ.
Jeti Kg. Tekek
Tekek River Walk
kelawar bergantungan di pokok
Kedai bebas cukai
Rambang mata dengan coklat.
Pulau Coral - Batu Karang muda yang cantik
Jam 11.30, bot kami bergerak ke Pulau Coral, di sini terdapat banyak batu karang muda.. Landak laut pun ada.. Laut di sini agak cetek dan sesiapa nak snorkeling di kawasan ini kene pastikan kaki tidak terkena batu karang tersebut sebab masih berbisa.. Kami dilepaskan dari atas bot.. Fiza dengan Mr. Hubby memang tak pikir banyak dah, lepas dia turun, Fiza pun turut serta.. macam biasa umpan roti disediakan buat ikan-ikan yang comel tu.
Jaga-jaga kaki.. takut terkena batu karang
nampak ikan daripada atas bot
yang nie kami ambil dari dasar laut
nampak ikannya kan
Taman Laut (Marine Park) - Pantai yang cantik
Selepas 30 minit berada di Pulau Coral, kami dibawa ke Taman Laut (Marine Park). Di sini bot berhenti lama dan bagi yang ada keluarga boleh lah berkelah di sini.
Jeti Taman Laut
Taman Laut Pulau Tioman
Kawasan snorkeling
kebetulan cuti sekolah, memang ramai pengunjung
Dalam air pun sempat bergambar... nampak mata Fiza jer.. hehe
spesis ikan bawal
dari atas jeti pun dah boleh nampak ikan
Teluk Penyu (Turtle Bay) - Misi mencari penyu
Makan tengah hari telah disediakan oleh pihak ejen... lepas snorkeling perut memang lapar.. lepak makan di tepi pantai, pukul 2.00 petang, kami dipanggil naik bot untuk snorkeling di Teluk Penyu. Ia dinamakan teluk penyu sebab ada penyu.. misi snorkeling kali nie untuk mencari penyu. Laut kali nie lebih dalam, dengan bersungguh-sungguh Fiza turun untuk mencari penyu.
Menuju ke Pulau Penyu untuk mencari pendekar penyu
jom ikut Fiza cari penyu
turun dari bot
cari punye cari memang tak jumpe pun
Kat sini ikan-ikan memang jarang dijumpai dan kalau dapat tengok, warna ikan ada macam2.. biru, kuning, hijau, oren si nemo, semua ada.. memang cantik.. rasa macam tak nak balik.. nak duduk dalam air yg biru tu disebabkan oleh ketenangannya.. kan dah berbunga ayatnye.
Ikan di teluk penyu
Penat dan sangat seronok.. Empat destinasi telah dilawati dan diterokai dalam satu hari.. balik chalet pukul 3.45 petang.. Lepas mandi dan solat, kami terus terlelap sekejap.. Kulit pun sun burn disebabkan cuaca panas.. Jam 6.00 petang Fiza bersiap untuk keluar berjalan-jalan di tepi pantai.. Sambil-sambil melihat matahari terbenam dan waktu senja di Pulau Tioman.
Cantiknya.. Ya Allah..
Begitulah catatan perjalanan hari kedua Fiza di Pulau Tioman, pengalaman yang sangat bermakna buat Fiza dan Mr. Hubby, tiada apa yang kami harapkan melainkan kebahagian dan ketenangan hati kami. Ya Allah... Kami bersyukur atas kenikmatan hidup yang telah diberikan.. semoga kami tidak lalai dalam melaksanakan ibadah terhadapmu. Amin.
16 Comments
cantik sesangat fiza...nak snokling,tapi tak pandai nak berenang..acane tu...hhiih
ReplyDeleteWah ! Bestnyaaa. :D
ReplyDeletebestnyer pmndgn...suka2x... =D
ReplyDeletexsampai lg p.tioman... :(
kena plan jgk ni..! ^__^
bessst. huwaa cantik sangat tempat tu. salam jumaat kak :)
ReplyDeletecantiknya laut tu fiza...lya tak pernah lagi snorkerling..mcm best nie
ReplyDeletewah bestnya...! tapi nana takut air2 ni.hihi
ReplyDeletenak chocolatessssssssssss D:
ReplyDeleteteringin nak cuba snorkeling tapi fae x pandai swimming huhu
macam best je.. teringat plak masa snorkeling kat langkawi dulu.. hehe
ReplyDeletemenabung sini..
Subhanallah, cantiknya. Air tu jernih sangat.
ReplyDeleteKita suka pulau Tioman ni cantik..air dia jernihkan Fiza..memang best snorkeling..
ReplyDeletesubhanallah cantiknyaaaaaaaa <33333
ReplyDeletehihihihi
bestnyaaaaaaaaaa kak fizaaaaaaaaa aaaaaaaaaaa hihihi
ReplyDeletebest nya fiza.. akak tak pernah lagi sampai pulau tioman tu.. memang cantik la suasananya.. :D
ReplyDeleteAssalamualaikum fiza, bestnya snorkelling! rindu la nak tengok dalam laut ~~~
ReplyDeletesalam sis,boleh x bagi detail perbelanjaan sis??? dari hotel,makan,n aktiviti
ReplyDeleteWoaaaahh !!!! Best nya !!!! =D
ReplyDelete