Assalamualaikum.. percutian 4 hari 3 malam berakhir dengan lawatan ke Poring Hot Spring, Sabah Tea Garden dan ke Sg. Tagal untuk melihat ikan kelah.
16 September 2013, jam 1300.
Kami tinggalkan Kundasang dan ke destinasi seterusnya ialah Poring Hot Spring di Ranau. Kami makan tengah hari di gerai tepi jalan berhadapan dengan Poring Hot Spring. Perut kenyang tiba-tiba kami ditemukan dengan Buah Tarap. First time makan buah ini, rasanya manis macam buah manggis. Rezeki kami kerana buah Tarap adalah buah bermusim. Maka terasa sangat beruntung.
Masa pun suntuk, kami pun terus masuk ke Poring Hot Spring dan bayaran masuk adalah RM 3.00 seorang. Di sini juga ada taman rama-rama, taman raflesia dan orkid serta canopy walk. Tapi kami ambil keputusan untuk rendam kaki sahaja, lagipun menurut penjaga di situ, bunga raflesia masih belum kembang. Rugi kalau masuk tidak dapat lihat bunga raflesia.
Buah Tarap.. pertama kali lihat dan rasa.. sedap dan manis
rupa seperti cempedak
Kami rendam kaki jer..
Kolam air panas kat sini ada banyak kategori, ada yang pengunjung tidak dibenarkan untuk sentuh.
Nanti terebus pulak badan.
Tengah syok rendam kaki, hujan pun turun dengan lebat. Apa lagi bertempiaran kami lari menuju ke kereta. Bila ingat rasa lucu pun ada.
16 September 2013, jam 1430.
Korang pernah dengar atau tahu tempat urutan kaki ikan (fish massage) yang terletak di Sg. Tagal, Kampung Luanti, Ranau. Kami tidak berpeluang untuk bertemu ikan pelian memandangkan tempat tersebut ditutup kerana hujan dan paras air sungai yang tinggi.
Sedih jugak tapi mungkin tiada rezeki dan mungkin ke sini lagi kot.
Sg. tagal dilimpahi air
16 September 2013, jam 1530.
Jarak Sabah Garden Tea dangan Sg.Tagal lebih kurang 5 minit perjalanan.. tapi jalannya advanture sikit serta tidak bertar maka perlu lah bertahan seperti duduk di kerusi urut.Fiza tidak pernah ke Cameron Highland lagi, jadi tidak boleh nak bandingkan keadaan. Yang pasti pemandangan memang indah dengan kehijauan daun teh dan udara pun sangat segar.
Ladang terletak di atas bukit
Wangi bau teh sabah.
Sempat shopping teh sabah untuk dibawa pulang
untuk mak abah kat kampung
16 September 2013, jam 1630.
Kami perlu bertolak awal sebab kalau di semenanjung kira awal lagi, tapi kat Sabah waktu lebih cepat malam. Kami ambil langkah berani dengan tidak melalui jalan kami datang sebaliknya kami ambil Laluan Ranau - Tambunan - KK. Tapi kami memang buat silap besar sebabnya jalan ini tidak ramai orang lalu waktu petang.
Pengalaman yang paling kami tak dapat lupakan adalah kerana jalan tersebut terlalu banyak tanah runtuh. Bayangkan laluan jalan bengkang-bengkok dua kali ganda daripada jalan yang kami lalui ketika datang ke sini. GPS seolah2 dah tipu kami.
Sehinggakan kami terpaksa berada dalam ketakutan dan kerisauan kerana meter minyak kereta kami berkelip sepanjang perjalanan pulang ke Kota Kinabalu.. Bila lihat batu tanda jalan raya kat tepi jalan raya, lagi 65 KM nak sampai.. dengan jalan mendaki dan bengkang bengkok.
Fiza mula terbayang macam mana kalau minyak kami habis di tengah-tengah hutan.. Hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya kami dalam perjalanan pulang.
Fiza berdoa sepanjang jalan dan kami hanya diam membisu sepanjang perjalanan.. dengan jarak penglihatan hanya sampai bonet kereta jer.. Memang seram sangat.. line telefon pun tak de.. Penuh kabus dan tiada satu kereta pun bersama kami.
Alhamdullillah, turun jer jalan berbukit, ada sebuah station minyak shell kat situ.. apa yg Fiza boleh katakan kereta Viva mmg jimat minyak, syukur sangat-sangat sebab kami dpt keluar dari jalan yang menyeramkan tu.
Fiza nak pesan kat kawan-kawan yang ke Sabah, jangan buat macam kami.. ikut jalan yang dah dilalui masa tiba melainkan waktu time tu masih awal. Sampai sekarang Fiza masih ingat kenangan yang menakutkan tu.
Sekian sudah cerita 4 hari 3 malam percutian Fiza di Sabah.. terima kasih pada kawan-kawan yang sudi baca cerita Fiza nie.. memang panjang dan harap boleh jadi rujukan bagi mereka yang baru pertama kali hendak menjejakkan kaki ke sana.
Wassalam.
21 Comments
Wah!! seronok sgt..geli tak fiza..ikan tu dekat kaki..bnyak tu..hehehe
ReplyDeletezara.. fiza tak sempat masuk ngk ikan tu sbb sg. tengah melimpah.. ikan tak de..
DeleteKlu tak mesti seronokkn..=D
Deletewahhh...beznye dapat g jalan2..jeleznya..
ReplyDeleteWah seronok bercuti.. bermain2 dgn ikan tu pun pasti seronok kan.. Thanks sharing info ni :)
ReplyDeletebila la ejulz dpt g sabah ni.? hehe..teringin nak pegi..
ReplyDeleteBesnya!! Sabah woooo... king x pernah lg pegi T_T Sila lah menangisi daku xD Harharhar
ReplyDeletewahh syoknye jalan-jalan di sabah..belum pernah ke sabah lagi
ReplyDeletewaaa.. beznye dpt berjalan.. hehe
ReplyDeletepergh!
ReplyDeletebestnya jalan2...syok je tengok..huhu
mati2 igt cempedak tadi hehehe...
ReplyDeletelama tak pergi kolam ari panas
ReplyDeleteehh isi buah tarap tu mcm cempedak..kalau sedap mcm cempedak ok jgk.. eeii geli pulak nak buat urutan kaki ikan tu..
ReplyDeletebestnya pengembaraan fiza.. yang tagal tu akak pernh pergi sebab urusan kerja pada tahun lepas..
ReplyDeletesedapnye buah tarap tu
ReplyDeletebesar la ikan tu
wah bestnya..saya pun belum sampai kat poring lagi hehe :)
ReplyDeletemmg syok je =) tp mcm rugilh pula xdpt merasa urutan ikan 2..pasti mggelikan..he3, nsb baik sempat isi mnyak..kalau x, xthu la..
ReplyDeletememang best pergi sabah...macam nak pergi lagi...
ReplyDeletetak geli ke ngan ikan2 tu? apa effect kat kaki? cun le tu kaki dia ;)
ReplyDeletethanks fiza sharing tentang nie..manalah tau nanti nak pi sana...boleh buat rujukan..
ReplyDeletebuah tu nampak mcm buah cempedak kan
ReplyDelete