Find us on Facebook

Pengalaman dan simptom selepas disuntik vaksin Covid-19

Assalamualaikum. Alhamdulillah 2 hari lepas Fiza telah pun mendapatkan suntikan vaksin dos kedua. Sebab nak menulis nie, Fiza nak bagitahu lah vaksin apa yang Fiza dapat. Sebab ada yang duk viral, tak tanya pun vaksin apa, sibuk nak bagitahu. 

Alahai, vaksin apa pun tak kisahlah sebab niat kita adalah untuk ikhtiar untuk bantu menambahbaik kesihatan kita. Walaupun vaksin ini tidak mencegah kita dari dijangkiti, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan gejala dan meringan sakit sekiranya kita dijangkiti wabak ini. 


Pengalaman dan simptom selepas disuntik vaksin | Panggilan untuk mendapat vaksin ini Fiza dapat daripada Program Vaksinasi Bergerak Kementerian Wilayah Persekutuan untuk semua kakitangan di bawah Hong Leong Group. Disebabkan Fiza juga sebahagian daripada kakitangan HLG, maka panggilan yang Fiza dapat lagi awal dari mySejahtera. Berita panggilan pun 2 hari sebelum, boleh kata cuak juga sebab memang tak ready betul sebab kita nie duk tengok mySejahtera je, tup tup company panggil vaksin.



Dos pertama pada 25 Julai 2021 bertempat di Menara Hong Leong, Damansara City. Mujurlah tempat asing gini, hanya kakitangan HLG je. Proses untuk mendapatkan vaksin pun laju dan efisyen. Memang Fiza puji sangat cara kakitangan di PPV buat kerja. Segalanya di guide dengan betul.

Ruang menunggu bertemu pakar kesihatan


Fiza diberikan vaksin Pfizer (nak bagitahu jugak). Okay nak cerita la pengalaman ambil vaksin dos pertama dan kedua nui. Memang ada beza sedikit simptom yang Fiza alami. Masa dos pertama,  time cucuk tu memang tak rasa langsung jarum masuk tahu-tahu dah suntik. Tapi Fiza tahu memang kakitangan tu dah tunjuk jarum dan kandungan vaksin. Cuma mungkin bahu gemok sangat kot.

Suntikan dos kedua

Jarum suntikan

Ruang observation selepas mendapat suntikan

PPV bergerak Optimax


Masa menunggu di ruang observation selepas menerima suntikan, tiba-tiba je Fiza sakit gigi. Eh pelik sungguh rasa sebab selama nie duk baca tak de lagi yang dapat simptom sakit gigi lepas kena vaksin. Memang derita dari balik sampai keesokkan harinya. Malam tu memang tak boleh tidur. Telan panadol pun tak jalan. Nak buat macam mana, redho jela.

Tak habis kat situ, hari kedua, sakit gigi hilang, kesan sampingan lain, tangan lenguh sampai tak boleh nak angkat. Memang berpeluh ketiak nie sebab tangan tak boleh nak gerak sangat. Tapi mujur satu hari je. Masa lenguh tu duk demah dengan kain panas bagi hilang sengal-sengal. Rasa penat dan mengantuk, sakit kepala pun sikit je sebab tengok perangai anak-anak tak boleh duk diam. Pendek kata macam malas, jadi kita rehat je dulu.

Hari ketiga selepas vaksin semua sakit hilang, badan kembali sihat dan normal seperti biasa. Rutin harian pun kembali normal. Tiada demam dan kesan sampingan yang serius pun.

Selesai dos pertama

Suntikan dos kedua pada 15 Ogos 2021, tempat yang sama dan lagi cepat. 30 minit je settle semua. Berdebar tu memang takde langsung. Semangat lagi adalah sebab lepas nie katanya bila cukup 2 dos dah boleh merentas negeri. Tak sabar betul nak settlekan vaksin nie.

Dan hari ini hari ketiga Fiza update blog. Alhamdulillah tiada kesan sampingan yang teruk, cume semalam je lenguh tangan macam dos pertama. Lagi satu rasa gatal je tempat yang kena cucuk tu. Nak garu takut, jadi biarkan jelah gatal tu bermaharaja lela. Sakit gigi tak de.. mujur sangat dan tak demam. Fiza telan panadol siap-siap selepas kena vaksin.

Selesai dos kedua

Ambil gambar backdrop je sebab 
tak de siapa nak tolong ambil gambar

Lega dan bersyukur sebab dah selesai. Walaupun ada dengar yang penerima vaksin Pfizer perlukan dos ketiga, itu tak penting, yang penting digital certificate dah dapat. Harap boleh la balik kampung dalam bulan depan. Sampai bila nak terperap dalam rumah kan. 

Lindung diri, lindung semua.

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments