Find us on Facebook

Pengasas JamuMall.com Khairul Nizam membuktikan status OKU bukan halangan berjaya

Assalamualaikum. Melihat kepada video luahan kesedihan oleh Founder JamuMall.com dengan menceritakan zaman silamnya membuat ramai netizen turut melelehkan air mata. Digelar insan OKU dengan tidak mampu untuk berbuat apa-apa selama beberapa tahun membuat beliau hampir berputus asa dengan kehidupannya.




Founder JamuMall.com, Khairul Nizam membuktikan status OKU bukan halangan berjaya | Tetapi Allah Maha Adil dan tidak membiarkan insan seperti Khairul Nizam yang hanya mempunyai kemampuan 3 jari untuk bangun bangkit dan berjaya. Berkat usaha, keiinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, kemahuan untuk belajar dan sentiasa ingin memperbaiki diri serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk berjaya membawa beliau mengecapi kejayaan yang kecapinya sekarang.


Mengimbas kembali zaman beliau dimana semuanya dalam tidak berkemampuan, makan disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat, tidur perlu dijaga membuatkan beliau merasa seolah-olah terlalu sukar untuk meneruskan kehidupan.


Bebanan menanggung kehidupan yang serba kekurangan menjadi lebih berat dan terkesan apabila tiada sesiapa di sisi untuk membantu. Bila tiba ketikanya menjadi haus, lapar, penat pada siapa lagi dirinya hendak bergantung harap namun mengharapkan mati tidak sesekali. 


Allah maha pemurah lagi maha mengasihani. Dengan muhasabah diri, ada sebabnya Allah memberi beliau nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal yang mesti dimanfaatkan oleh beliau. Terdetik juga dihati beliau sambil merenung dan mengimbas kehidupan orang ramai di luar sana, sekiranya beliau normal seperti orang lain, beliau hendak membuat sehabis kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain.



Diusia 30 tahun,  Khairul Nizam bangkit dengan membina satu syarikat yang diberi nama Jamumall Sdn Bhd dan membina platform jualan Jamumall.com. Alhamdulillah, beliau berjaya membina satu syarikat yang telah mencapai tahap yang sangat berjaya sehinggakan beliau mampu untuk mengecapi kemewahan dan kesenangan hidup seperti orang lain.


Kini, beliau mampu untuk makan mewah, mengambara ke luar negara seperti Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak lagi negara luar yang telah berjaya beliau lawati. Beliau juga telah berjaya mendapatkan sebuah rumah mewah buat keluarga, menanggung keluarga dan bersedekah setiap hari.


Bukan untuk menunjukkan riak, jauh sekali untuk membangga diri. Beliau ingin sampaikan bahawa semuanya tidak mustahil jika kita berusaha dan menanamkan azam yang tinggi dalam diri untuk berjaya. 



Beliau melihat banyak antara mereka yang malas untuk merubah hidup sendiri. Kerap memberi alasan apabila bekerja dan mudah putus asa apabila berdepan dengan cabaran. Ini semua hanya merugikan diri sendiri.


Ramai yang cuba untuk memilih kerja yang senang, tidak mahu susah dan memilih untuk hidup susah sedangkan mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna. Dari situ, terdetik di hati beliau keinginan untuk membantu mereka yang susah dan seboleh-bolehnya tidak mahu jadi seperti mereka di luar sana yang malas berusaha.


Kejayaan yang dikecapinya sekarang adalah berkat kesungguhan untuk berjaya yang ada dalam diri beliau. Dan semua value yang ada dalam dirinya dibawa sekali ke dalam pasukan yang dia ada sekarang. Beliau juga menyeru masyarakat untuk bangkit, bersemangat dan berjaya seperti beliau.  




Saksikan Luahan hati beliau di FB yang sangat terkesan.



Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-siakan. Aku bangkit untuk memberi manfaat pada orang lain.
Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal dapat melihat kegembiraanm senyuman ramai orang-orang disekeliling aku.

Beliau sedar untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan mahupun perniagaan bukanlah mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat telah merubah kehidupan Khairul Nizam sebagai Pengasas JamuMall.com ke tahap kejayaan sekarang. Khairul Nizam juga telah membuktikan bahawa status OKU bukan halangan berjaya. 


Jom follow Khairul Nizam.

FB : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE : https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website : https://jamumall.com/

Post a Comment

20 Comments

  1. Ya Allah sungguh menginsafkan.. tiada lagi alasan until Kita berusaha semoga saudara nizam terus berjaya

    ReplyDelete
  2. kuat betul kan semangat dia.Betul² memberi inspirasi bila lihat video dari khairul nizam ni

    ReplyDelete
  3. terkesan sangat, oku tapi berjaya. kit ayg sihat ni hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, kagum dengan kelebihan yang Allah swt berikan kepada insan-insan istimewa ni .

    ReplyDelete
  5. Semoga menjadi inspirasi buat pembaca di luar sana..

    ReplyDelete
  6. Dikurniakan kemampuan hanya 3 jaro Dan akaa.. digunakan sebaiknya sehingga berjaya.. APA lagi alasan Kita utk berusaha?

    ReplyDelete
  7. Kisah yang beri semangat buat semua

    ReplyDelete
  8. Sangat terharu membaca kisah ini. Kuatnya beliau mengharungi kehidupan dengan hanya 3jari yang berfungsi dan 1 akal.

    ReplyDelete
  9. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  10. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  11. Kagum sangat dgn semangat insan hebat ini. Beliau mampu buktikan yg OKU juga boleh berjaya kan..

    ReplyDelete
  12. Hebat kan saudara Nizam nie, semangat kuat nak ubah nasib diri sampai berjaya macam sekarang..

    ReplyDelete
  13. Kegigihan dan semangat beliau sangat tinggi....kagum dengan beliau

    ReplyDelete
  14. Terbaik. Kagum dgn ketabahan Nizam

    ReplyDelete
  15. Cerita dia buat kita terinspirasi..

    ReplyDelete
  16. So inspired.. Ye, I can do it too. Chaiyokkk

    ReplyDelete
  17. Kagum sangat dengan semangatnya tu. Kuat betul

    ReplyDelete