Assalamualaikum. Alhamdulillah dan syukur apabila diberi kesempatan untuk menulis lagi tapi kali ini Fiza nak share ilmu yang sangat berguna buat pembaca. Kalau korang rasa duit korang selalu tak cukup walaupun pada hakikatnya pendapatan yang korang terima setiap bulan besar. Mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan kewangan korang.
Review eBook | Elak Bocor Duit dan Bersara Selesa dengan Emas oleh Dr. Ruhaila Maskat | Diterbitkan dalam format PDF, Elak Bocor Duit dan Bersara Selesa dengan Emas oleh Dr. Ruhaila Maskat adalah eBook yang akan dipaparkan di blog ini. Elak Bocor Duit dan Bersara Selesa membincangkan tentang bagaimana untuk mengatasi masalah kewangan sedangkan setiap hari kita bekerja dan berusaha menyimpan duit.
Walaupun ada bekerja makan gaji, ada yang berniaga, ada yang bekerja lebih dari satu kerja semata-mata untuk pendapatan sampingan, jika dihitung sudah pasti kita sudah boleh menjadi kaya-raya tetapi kenapa ini semua tidak berlaku. Yang pasti setiap hujung bulan duit akan habis tanpa tahu akan punca.
Menyimpan duit bukan sekadar menyimpan tetapi kita perlu tahu instrumen-instrumen kewangan dan bagaimana untuk menggunakannya. Antara instrumen yang dimaksudkan adalah dengan menjadikan emas sebagai instrumen kewangan.
Contoh : Emas perhiasan sebagai instrumen kewangan
Kenapa emas? Bagaimana emas boleh jadikan seseorang bersara dengan selesa?
Takkan nak keje seumur hidup...
Bersara tak semesti tunggu dah tua..
Bersara sekarang ni bukan usia tapi kemampuan kewangan. Dah mampu, dah boleh bersara....
Bocor duit halang bersara dengan selesa...
Ramai tak tahu emas boleh dijadikan tabung bersara..
Semuanya akan terjawab dengan eBook Elak Bocor Duit dan Bersara Selesa dengan Emas oleh Dr. Ruhaila Maskat.
Apa yang saya fikirkan mengenai eBook ini?
Fiza memang suka bacaan yang relax dengan bahasa santai di dalam eBook ini. Tidak semena-mena dah menjadi peminat Dr. Ruhaila Maskat apabila membaca penulisannya. Gaya penulisan yang lancar dan mudah untuk difahami. Kebetulan pula pada zaman sekarang, dengan ekonomi yang tidak menentu, betapa bertuahnya kita dikejutkan dengan penulisan eBook Dr. Ruhaila Maskat. Ia dapat membuka mata kita semua betapa pentingnya menyimpan emas.
Selain itu, Ebook ini untuk siapa?
- Yang nak financial freedom, tak kira umur.
- Yang nak bersara dalam keadaan yang selesa.
- Yang nak tambah ilmu kewangan.
- Yang berminat nak tahu tentang emas.
Berapa harga eBook ini dan di mana anda boleh membelinya?
Ebook ni FREE je sampai 30 Nov ni di FB Group @bersaraselesadotcom
Dapatkan cepat sebelum offer tamat.
Tentang Penulis
Dr. Ruhaila Maskat merupakan seorang pensyarah di universiti tempatan dan mempunyai minat dalam teknologi komputer dan kewangan. Beliau mendapat Doktor Falsafah di University of Manchester di dalam bidang Sains Komputer. Pada pendapat beliau celik kewangan bukan untuk orang yang mempunyai perniagaan atau para akauntan sahaja. Malah setiap orang perlu menjadi celik kewangan.
Menjadi celik kewangan bermaksud anda memahami instrumen-instrumen kewangan yang ada dan emas ialah salah satunya.
Mengenai eBook
Format: PDF
Saiz Fail: 350 KB
Panjang Cetakan: 15 muka surat
Format : PDF
Jom dapatkan eBook ini secara percuma di FB Group @bersaraselesadotcom
https://www.facebook.com/groups/bersaraselesadotcom sebelum 30 November 2020. Rancang kewangan korang sekarang dan mula menyimpan emas kerana emas bernilai walaupun di dalam amaun yang kecil.
Wassalam.
5 Comments
sudah muatturun ebook itu dan join group fbnya. thanks for sharing...
ReplyDeleteselalu jugak duit bocor ke food panda ni ha haha
ReplyDeleteBagus sangat baca ebook mcm ni.. Ambil ilmu
ReplyDeleteOk nak baca ebook tu lah menarik untuk tahu cara duit tak bocor he he he
ReplyDeleteBetul juga kita kena pandai simpan duit or emas and invest juga kalau tak nanti ada emergency mana nak cari duit.
ReplyDelete