Jus Dara Vogue Keluaran Tejja Herbs, Jamu Moden Untuk Bantu Kembalikan Tenaga dan Kecergasan Wanita

Jus Dara Vogue Keluaran Tejja Herbs, Jamu Moden Untuk Bantu Kembalikan Tenaga dan Kecergasan Wanita | Assalamualaikum. Alhamdulillah dan syukur kerana masih diberi masa dan ruang untuk update blog. Bukan apa, dalam sehari Fiza akan cuba sedaya upaya untuk pastikan blog tidak bersawang tambahan pula bila WFH. Dengan nak uruskan anak, kerja dari rumah, lepas itu nak update blog. Kalau ikutkan boleh je abaikan blog ini tapi Fiza tetap nak teruskan kerana minat dalam menulis. 

Jadinya mestilah ada yang tertanya-tanya tak penat ke nak buat semua perkara. Itu belum lagi kalau client minta buat video. Mahunya tak penat, fizikal dan mental memang penat tapi sejak amalkan meminum Jus Dara Vogue dari Tejja Herbs, alhamdulillah penat tu dah semakin boleh tolak tepi.



Jus Dara Vogue , Jamu Moden Sedap Dari Buah Delima 

Khasiat buah delima seperti yang kita ketahui antaranya adalah ia kaya dengan antioksidan. Bila ia tinggi antioksidan, ia akan meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit. 

Buah delima juga baik untuk jantung, melambatkan simptom Alzheimer serta ia juga menjaga sistem penghadaman. Daripada khasiat delima inilah, Jus Dara Vogue dihasilkan yang mana ia merupakan minuman botani delima yang digabungkan bersama dengan kacip fatimah. 


Selain daripada delima, terdapat juga beberapa bahan-bahan lain yang terkandung di dalam Jus Dara Vogue ini. Kandungan bahan adalah 100% herba semulajadi dan halal. 

Jus Dara Vogue ini merupakan hasil kandungan bahan seperti madu, kurma, kacip fatimah, epal, manjakani, vitamin c, akar serapat, pueraria mirifica, pueraria lobata, sireh, pegaga dan kunyit hitam.



Khasiat dan Kelebihan Jus Dara Vogue Kepada Pengguna 

Menurut info yang Fiza baca, Jus Dara Vogue ini boleh membantu mengempiskan perut serta memelihara kesihatan dalaman wanita. Sebab itulah Fiza dapatkan Jus Dara Vogue ini dan jadikan ia sebagai minuman amalan seharian. Selain itu, ia juga dapat membantu dari segi yang lain seperti : 
  • Merawat keguguran rambut 
  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan 
  • Memelihara keremajaan kulit 
  • Mengetatkan otot faraj dan merawat kentut faraj 
  • Menganjalkan punggung dan payudara 
  • Memperlahankan proses penuaan 
  • Membantu mengatasi masalah angin dalam badan 
  • Membantu mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah 
  • Beri rasa kenyang untuk kurangkan nafsu makan 



Jus Dara Vogue Boleh Bertindak Sebagai Milk-boaster Bagi Ibu Yang Menyusu 

Buah delima adalah makanan penggalak penghasilan susu badan. Jadi memang tidak salah untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk minum Jus Dara Vogue ini. Selain itu juga, dengan mengamalkan jus ini, sekaligus ia membantu menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin. Patutlah ramai ibu lepas bersalin amalkan minuman Jus Dara Vogue ini sepanjang dalam tempoh berpantang. 

Jika mereka yang selama ini mengalami masalah keputihan, senggugut dan kitaran haid tidak stabil. Jus Dara Vogue turut di syorkan juga untuk mereka yang dah lama mencuba dan ikhtiar untuk dapatkan zuriat. 

Terbaik untuk dalaman wanita


Cara Penggunaan : Cara Ambil Jus Dara Vogue 

Jus Dara Vogue sangat mudah untuk diamalkan kerana ia didatangkan dalam bentuk sachet. 1 kotak mengandungi 15 sachet. Jus Dara Vogue ini sudah lama berada di pasaran sebenarnya, malah ramai artis dah minum Jus Dara Vogue ini sejak dulu. Cuma dulunya ia berbentuk jus dalam botol dan sekarang ini dalam bentuk packaging baru dengan pek kecil sachet begini. 

Dengan bentuk sachet begini, mudah nak di bawa ke mana saja. Nak bawa ke office juga senang. Masuk je dalam handbag dan boleh dinikmati di mana saja. Jus Dara Vogue ini, koyak hujung sachet dah boleh terus minum. Ambil 1 paket setiap pagi dan 1 paket setiap malam.


Rasa sedap dengan manis buah delima


Kandungan bahan adalah 100% herba semulajadi


Testimoni Diri Sendiri Setelah Seminggu Amalkan Jus Dara Vogue 

Perkara baik mesti dikongsikan. Kesannya memang dapat dirasai selepas seminggu Fiza amalkan Jus Dara Vogue. Paling ketara, Fiza tidak lagi terasa penat walaupun seharian buat kerja di rumah. Kalau sebelum ini, waktu tengah hari mesti mata dah mula layu sebab penat. Bila lelapkan mata banyak kerja yang akan tertangguh. Tapi bila dah amalkan Jus Dara Vogue yang bersifat sebagai jamu moden nie, Fiza kekal bertenaga sepanjang hari. 

Lagi satu, tujuan Fiza amalkan Jus Dara Vogue ini adalah untuk mengatasi masalah rambut yang kerap gugur, walaupun tidak nampak kesannya tapi Fiza akan terus amalkan kerana ia perlu diamalkan secara konsisten dan berterusan, barulah nampak hasilnya.



Paling Fiza suka kerana rasanya juga sedap dan tiada bau. Bila minum sepeket rasa tak puas, tapi tak kan nak minum berpaket-paket, ikut saja cara penggunaannya. Bagi sesiapa yang terasa nak amalkan diri dengan pengambilan jamu tapi kurang suka dengan jamu tradisional dalam bentuk kapsul tu, bolehlah start ambil jamu moden dalam bentuk jus begini. Jus Dara Vogue turut bersifat seperti jus perapat tu. 

Gadis, wanita berkahwin dan wanita monoupose semuanya boleh amalkan Jus Dara Vogue ini. Sebagai pengguna yang telah mengamalkan Jus Dara Vogue, Fiza syorkan bagi korang yang nak kembali vogue seperti anak dara. 


Boleh Amalkan Bersama Suami Tersayang 

Sebelum Fiza terlupa, Jus Dara Vogue ini turut boleh diminum bersama suami tersayang. Ya, lelaki boleh minum Jus Dara Vogue ini juga. Khasiat untuk lelaki sama banyak macam khasiat untuk wanita tetapi sesuai dengan kehendak tubuh kaum adam la. Lepas ni, bolehlah para suami beli untuk hadiahkan buat isteri dan dalam masa yang sama boleh minum sekali bersama-sama. 

Antara kelebihan Jus Dara Vogue ini untuk lelaki adalah : 
  • Bantu beri tenaga pada tubuh badan 
  • Kurangkan rasa penat dan lesu 
  • Membantu mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah 
  • Bantu masalah kebas, sakit sendi tumit dan kerap sakit kepala 
  • Beri rasa kenyang untuk kurangkan nafsu makan 
  • Membuang lemak dan menyingkir angin serta toksik dalam badan 
  • Bantu Kempiskan perut yang boroi 
  • Boleh bantu turunkan berat dengan amalan pengambilan yang betul Menegangkan dan mencerahkan kulit 
  • Memancarkan seri wajah 
  


Mahu Makin Bertenaga Dengan Penggunaan Jamu Moden Begini? Boleh Cuba Jus Dara Vogue! 

Itulah serba sedikit info termasuk review selepas seminggu menjadi pengguna untuk Jus Dara Vogue ini. Fiza dah cuba dan alhamdulillah memang ada kesannya. Cuma untuk dapatkan kesan yang lebih seperti pengguna yang lain, sudah tentulah kena amalkan dengan lebih lama lagi. Tambahan pula, kesan untuk tiap seorang itu bergantung pada tahap kesihatan setiap individu itu sendiri. 

Jika berminat nak cuba bolehlah dapatkan Jus Dara Vogue keluaran Tejja Herbs ini melalui detail di bawah. Bagi yang berminat untuk tambah pendapatan, agent dan dropship turut dibuka tanpa sebarang modal. 

Untuk info lanjut dan pembelian, boleh layari maklumat di bawah ini: 

JUS DARA VOGUE – Tejja Herbs 
Minuman Jamu Moden Sedap Perisa Delima 

Harga sekotak : 
RM 49 (Semenanjung), RM59 (Sabah Sarawak)

Post a comment

13 Comments

  1. wahhh..makin vogue laa lepas nii...tp serius memang rasa dia sedap..

    ReplyDelete
  2. Aummmmm 😁😁😁 nak try jugalah jus dara ni. Biasalah lepas bersalin banyak kendur ni 😂😂😂

    ReplyDelete
  3. Lelaki pun blh ambil ya..harga sekotak pun murah tu..mmg harga yg boleh beli..

    ReplyDelete
  4. Menarik Jus dara vogue ni, rasa delima tu buat nak cuba

    ReplyDelete
  5. Belum try jus ni lagi, the sachets packaging nampak sangat convenient and hygiene untuk bawa ke mana mana kan

    ReplyDelete
  6. Banyak kebaikan jus dara vogue ni. Laki pompuan pun boleh consume. Bagusnya.

    ReplyDelete
  7. dah lama x makan sebegini tuk tenaga.. boleh cuba ni

    ReplyDelete
  8. Nampal menarik. Bahan dia semua bagus.. Minum macam tu je.. Senang

    ReplyDelete
  9. Macam2 khasiat yg ada dalam jus jamu dara ni ye... Patutlah leh maintain mcm anak dara hehe

    ReplyDelete
  10. Sedap rasa dia...tak rasa herba langsung. Marsha suka

    ReplyDelete
  11. Best, ringan bdn dpt makan jamu. Jamu biasa tu mmg tak lalu. Jamu Moden ni, okay lagi

    ReplyDelete