Majlis Perkahwinan SITI JAMUMALL mendapat tajaan RM500K

Assalamualaikum. Telah berlangsungnya majlis perkahwinan yang gilang-gemilang yang mana pengantinnya sangat dikenali ramai di kalangan pengguna laman sosial. Siapa lagi kalau bukan SITI JAMUMALL. Gadis kecil molek SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU !! Bertuahnya tuan punya badan.


BUDAK BUAT LIVE DAPAT TAJAAN KAHWIN SETENGAH JUTA !!!


Majlis Perkahwinan SITI JAMUMALL mendapat tajaan RM500KPada mulanya beliau sangkakan ingin buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi siapa sangka setelah Siti memuat naik satu status di facebook beliau tentang majlis perkahwinan, beliau terus mendapat whatsapp dan panggilan telefon yang bertalu-talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk menaja majlis beliau.




Pasangan pengantin Siti dan Syafiq selamat melangsungkan perkahwinan mereka dengan gilang-gemilang pada 7 April 2019 yang lalu dengan menyaksikan hampir 100 syarikat  dari perbagai produk berminat untuk menaja majlis perkahwinnya. Paling menyentuh hati, ada juga tajaan yang datang dari mereka yang baru berjinak dalam dunia perniagaan tetapi turut berbesar hati untuk menaja  majlis perkahwinan Siti.




Siti memaklumkan bahawa dia merasa sebak dan tidak menyangka majlis yang dirancang pada mulanya hanya biasa-biasa tetapi kini menjadi luar biasa. Berkat hasil usahanya selama 3 tahun menjadi promoter dan host di jamumall.com akhirnya membuahkan hasil yang sangat tidak ternilai jayanya.



Jamumall.com adalah platform di mana Siti mempromote dan menjual menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan. Oleh kerana keihklasannya dalam membantu mempromosikan produk-produk yang tidak dikenali ramai sehingga menjadi viral, budinya terhadap pemilik produk tidak dilupakan begitu sahaja. 

Oleh sebab itu, bagi membalas jasa Siti, mereka sanggup untuk menjadi sponser kepada majlis perkahwinan Siti sebagai tanda membalas budi.





Siti juga meluahkan rasa penuh kesyukuran kerana tajaan perkahwinan yang diterimanya sangat luar biasa. Tajaan bermula daripada majlis akad nikah, pre wedding, majlis berinai, majlis kahwin sampailah ke pakej berbulan madu. 




Antara founder dan sponser untuk majlis Siti bukanlah calang-calang syarikat. Antaranya adalah wedding dress by Dlia Jean Bridal , deco majlis dan pelamin dari wedding by emma. dan beberapa celebrity ternama juga telah mendapatkan khidmat siti jamumall antaranye CHE TA, FAIZAL FBI, SHUIB , SARAH RAISUDIN, SHERRY IBRAHIM , SHAHRUL RIDZUAN, DAN LANA NORDIN.




Fiza sempat juga listkan penaja-penaja yang bersama-sama menjayakan majlis kedua-dua mempelai ini.. antaranya ialah 


Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by Emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma/


Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal


Grand Cake dari Mad About Cake
https://instagram.com/madaboutcake_official


Vip Menu dari Rumpun Selera
https://instagram.com/rumpunselera

Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/


Jamu dari Seri Lady Empire Resources
https://instagram.com/seriladyofficialhq


Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal
https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal



Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
https://instagram.com/irah_sukri


 
Telekung dari Pretty Aini
https://instagram.com/prettyainiumrahhaji


Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/


Scarft dari Scarft By Mehrun
https://instagram.com/scarfbymehrun


Printed Box dari Art Creation Printing
https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/

Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
https://instagram.com/arwanaperhentianresort


dan

Perfume dari Luxe Essencia Resources


Beruntung betul Siti dan pasangannya. Majlis yang meriah dan nampak sangat mewah. Boleh dikata idaman setiap bakal pengantin untuk ada majlis yang besar sebegini. 

Apa yang hendak dikatakan lagi. Buat baik dibalas baik. Semoga kedua-dua mempelai ini bahagia hingga ke Jannah. Selamat pengantin baru Fiza ucapkan. 

Wassalam.

Post a comment

2 Comments